Akhirnya, hajat nak cuba buffet lunch di Ramly Bistro tertunai.
Sebelum hantar Abang balik ke asrama Ahad kelmarin (12/6), kami makan tengahari di sini. Sampai sekitar jam 1.30, reserved table dulu kemudian bagitau staff situ nak solat Zohor sekejap di Masjid Saidina Hamzah tu.
Syukurlah kami buat reservation awal, sebab buffet lunch ni hanya setakat jam 2.00 ptg, w/pun di banner katanya hingga jam 3.00 ptg. Kiranya kami sekeluarga last group yang dapat makan buffet ni, hari ni. Selepas pukul 2, buffet dibuka untuk staff. Nampaklah staff yang habis shift (agaknya) ambil makanan di buffet table tu. Yang baru sampai pula ambil giliran tugasan masing-masing.
Menu sama je masa berbuka di sini Ramadhan lepas. Ada buah oren dan sejenis minuman sejuk dan air kosong.
Dessert tak disediakan dalam pakej buffet jadi Ummi ordered aiskrim Vanilla Bandung & Jagung. Harga setiap satu RM5.
Dari segi rasa, layanan dan keselesaan memang terbaiklah bagi Ummi. Kalau ada sajian lauk-pauk kampung lagi wow pada Ummi :) Apapun alhamdulillah tercapai hajat berkongsi rezeki dengan suami dan anak4.
Dah kenyang tu, jom Ummi hantaq balik asrama hehe ..
See you again Abang 😘
Alhamdulillah. Itulah buffet ini untung kalau kuat makan. Hehe.
ReplyDeleteItulah... Sebab tu tunggu Abang ada dulu baru bawa makan buffet ni :)
DeleteSelamat membuffet selera
ReplyDeleteWak nak datang Gombak, roger :) Sy bawa ke sini hehe...
DeleteKalau pergi buffet bawak orang yg kuat makan berbaloi rasanya hehe. aiskrim tu nampak sedap.
ReplyDeleteAah sangat :)
DeleteKalau sampai sini, kena ingat, dah dekat sangat dengan rumah juju tau. Juju pun suka ke sini sesekali. Nikmat tgk makanan tu semua.
ReplyDeleteLagi senanglah Juju nak ke sini kan...
DeletePH suka suasana di sini w/pun a bit crowded sometimes tapi food sedap & affordable. Staff pun baik belaka.
Happy aje wajah Abang ;)
ReplyDeleteBetul Syaz, suka tengok dia senyum lebar gitu. Jumpa makanan khennn haha
Deletesama la teringin gak nak makan buffet kat situ tp memanjang penuh je hahahah
ReplyDeleteBelum rezeki Ako tu...try again haha...
DeleteAmmi kalau makan luar puas hati bawah Khilfi...semua dia ok kecuali tauhu je dia kurang sikit
ReplyDelete