Thursday, 30 June 2022

Ahlan Ya Zulhijjah

Perasaan menyambut Zulhijjah ni seronoknya umpama menyambut kehadiran Ramadhan. Alhamdulillah, ada rasa seronok dan tertunggu-tunggu. Mungkin kerana berkatnya bulan haji ini. Kebetulan pula tahun 1143H ni ianya jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. 

Credit: Jabatan Mufti Selangor

Pesan Datuk Dr Ustzh Norhafizah Musa, perbanyakkan amalan-amalan soleh pada 10 hari terawal Zulhijjah w/pun kita rasa amalan kita tu kecil saja. Contohnya sedekah 1-2 ringgit setiap hari, senyum, hubungkan silaturrahim dsbnya. Benda yang biasa kita buat tapi perbanyakkan. Sebab Allah suka segala amal soleh yang kita lakukan pada 10 hari terbaik ni. 


Untuk yang berhajat untuk berkorban, disunatkan TIDAK memotong rambut dan kuku hinggalah terlaksananya korban. Kata Ust Hanafiah di MHI pagi tadi, Allah hendak mengampunkan dosa kita dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, makanya janganlah dipotong. Dalam bacaan yang lain, dikatakan anggota-anggota ini akan mendapat pelepasan api neraka. الله اعلم

Semua dah tau kan, kita raya Ahad 10 Julai :) 

Selamat beramal 🤗


2 comments:

  1. dah tau dah raya Ahad...so takdelah istilah raya terkejut lagi

    ReplyDelete
  2. Selamat beramal. Terima kasih sampaikan nasihat.

    ReplyDelete