Wednesday 15 June 2022

Malaysia vs Bangladesh

Bersorak tak malam tadi? 
Rumah kami bergegar dengan gandingan sorakan Ummi & Walid 😂

Untuk Kelayakan Piala Asia 2023 kali ni Ummi tonton ketiga-tiga perlawanan;

> Turkmenistan vs Malaysia (1-3)
> Malaysia vs Bahrain (1-2) 
~ berpeluh skuad Bahrain nak tundukkan Harimau Malaya 
~ game ni yang Stadium Bukit Jalil jadi bendang 🤭 
> Malaysia vs Bangladesh (4-1)

Berdasarkan kemenangan malam tadi, Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia 2023, selepas 42 tahun. Bangga tau! Apatahlagi, Ummi jadi sebahagian dari sejarah chewah :p

Credit source. 

Result malam tadi ...

Tahniah..tahniah...tahniah! 

Bagi Ummi; 
Gol pertama: memberi keyakinan
Gol kedua: menambah semangat
Gol ketiga: mengukuhkan kedudukan
Gol keempat: mengesahkan tempat

Sejak-sejak Coach Kim Pan-Gon ambil-alih skuad negara ni nampaklah perubahan positif setakat ni. Harapnya momentum ni berterusan. 

Tahniah semua! 

8 comments:

  1. Tidak sangka Puan Hazel tengok bola. Saya tahu apabila ada yang tulis hal ini di blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy mmg peminat bola NA ✌️ Jgn kata player & coach sy kenal, pengadil pun sy tahu nama diorang haha...

      Delete
  2. Tahniah harimau malaya
    Wak tak nonton cuma tunggu keputusan aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugilah Wak. Ramai pemain JDT dlm skuad negara tu :)

      Delete
  3. PH peminat bola rupanya. Saya tak minat tapi mestilah gembira dengan kejayaan ni. Alhamdullillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, selalu layan game dan sembang pasal bola dgn Tn Suami :)

      Delete
  4. kan...ammi tengok sorang-sorang kat rumah sbb abah tengok dengan kawan-kawannya dibawah rumah. ammi sendiri pun pelik sbb jarang sangat nak tgk bola apatah lagi sorang2. ammi pun cipta sejarah jugak macam PH ahaksss

    ReplyDelete
  5. terjebak jugak..sbb teman hero sorang tu. memang terjerit kami berdua. Iris bengan je sbb dia x layan.

    ReplyDelete