Cuti sekolah ni kami balik kampung sebab ada urusan keluarga. Itu sebablah blog Ummi 'tergantung sepi' :)
Kebetulan 6/6 (Isnin)semalam cuti umum sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda YDP Agong. Ya Allah, sana sini jem!
Jumaat
Gombak ke Meru Ipoh > 4 jam 15 minit (standard 3 jam atau kadang tu 3 jam 1/2)
Sabtu
Tol Jelapang ke Tol Kuala Kangsar > 50 minit (biasa 1/2 jam je)
Kuala Kangsar ke Baling > 2 jam 30 minit (normal)
Baling ke Jitra > 2 jam 30 minit (biasa 1 jam 30 minit)
Isnin
Alor Setar ke Bidor > +-8 jam perjalanan termasuk berhenti makan, solat & qadha hajat beberapa kali dan singgah cuci mata di Mydin Meru 🤭
Perjalanan kami ke Bidor ni sebenarnya sangat mencabar dan a bit scary & definitely an adventurous one :D Memandangkan traffic di highway was moving at a very slow pace, bumper to bumper, kami keluar di exit Gopeng. Selalunya kami ikut jalan lama Gopeng > Tapah > Bidor, straight je. Cumanya kali ni, bila Walid on Waze untuk ke Bidor 'dicadangkan' kami ikut Chenderiang, dari simpang berhampiran Masjid Kuala Dipang. Dari situ hanya 22km untuk ke Chenderiang. Dari Chenderiang kami akan ke Tapah, seterusnya ke Bidor. Sepatutnyalah :p
Mula tu jumpa kampung, kemudian estet kelapa sawit, kemudian hutan. Hutan ni yang scary sebab kami melalui jalan bengkang-bengkok seperti mendaki ke Cameron Highlands melalui Tapah. Bila menjenguk ke luar, mengucap Ummi tengok lembah dan jurang yang sangat dalam di samping selekohnya yang tajam-tajam belaka. Syukurlah kereta dari arah bertentangan hanya sesekali datang. Jam dah hampir jam 6 petang. Syukur juga di depan kami ada sebuah MPV, at least ada geng. Bila akhirnya kembali ke jalan mendatar, hati kembali lega. Ada kenderaan lain, rumah penduduk di kiri kanan jalan, sekolah, klinik kesihatan, masjid dan kami juga discover tempat baru; Sahom (ada Sahom Valley Resort dan few camping sites and chalets/homestays). We guessed this place is a tourist spot. Then, kami nampak simpang ke Pos Dipang. Masih ingat tragedi banjir lumpur di perkampungan Orang Asli di sini? Tak silap Ummi wartawan TV3, Dang Suria Zainuddin antara yang bertungkus-lumus membuat liputan berhari-hari lamanya.
Selain tu, kami juga melalui satu tempat namanya Kinjang. Tahukan Lata Kinjang? Yang kita boleh nampak air terjunnya dari highway PLUS tu... Jadi, bayangkan kami berada di tengah hutan tebal tu :p
On the way balik ke Kedah anak4 ada bertanya, "macamana nak ke air terjun tu Ummi?" Mungkin Allah jawab pertanyaan depa melalui cara ni :)
Ingatkan dah berakhir fasa adventurous kami, rupanya dari Chenderiang ke Tapah tu pun lalu hutan juga. Cumanya jalan tidaklah berbengkang-bengkok macam tadi. Sekali lagi, terasa scary bila lalu perkuburan Cina yang sangat besar di atas bukit huhu....
Sampai di Balai Bomba Tapah, kami buat keputusan untuk masuk ke pekan Tapah. Pedulikan Waze yang suruh belok ke kiri, ikut jalan tikus melalui sebuah perumahan. Ghisau kalau dibawa masuk hutan lagi sebab hari dah menjelang Maghrib. Walaupun jem teruk di pekan Tapah ni, rasa lebih selamat jika terjadi sebarang perkata tidak diingini.
Pukul 7 malam sampailah di homestay yang telah ditempah awal. Walaubagaimanapun, Allah uji lagi kami :(
Next entry Ummi cerita 🤗
Dan hari ni, perjalanan balik ke sarang berjalan lancar alhamdulillah. Dari Bidor ke Gombak hanya 1 1/2 jam sahaja perjalanannya.
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚
Masa nak pi tu hadap jam ni sakit punggung dibuatnya kan..huhu
ReplyDeleteSegala sendi sakit aih haha 😂
DeletePernah juga alami pengalaman seram. Dahlah seorang memandu dan waktu itu masuk Maghrib. Jalan gelap gelita!
ReplyDeleteSeorang lagilah cuak kan NA?
Deletemy sis pun ckp jalan jam weekend lepas and for sure weekend ni pun..
ReplyDeletePBAKL .. kat KL, jauh nak gi. kita gi yg dkt2 je la. he he he.. aci ek, jawab kat sini
5.6 juta kete kt highway sempena cuti sekolah....maunya tk sesak
ReplyDelete