Wednesday, 8 June 2022

Pergi Kebun Makan Durian

Ikut rancangan Ahad pagi nak bawa cucu11 Tok Ayah ke Fantasia Aqua Park di Jitra tu. Pagi Isnin pula nak bersarapan di kebun Tok Ayah. Tapi, hanya plan nak kebun Tok Ayah saja yang berhasil. Sebabnya kesuntukan masa dan kepenatan. 

Bila free sikit Ahad petang tu, teruslah kami ke kebun Tok Ayah ni...

Kata Walid, pondok ni depa 3 beradik bina dengan Tok Ayah. Sayang, dah terbiar. Jika dibaikpulih elok juga, boleh jadi tempat bersantai cucu11 Tok Ayah. Pondok baru lebih modern, lengkap dengan air dan eletrik. Mungkin boleh diperelokkan lagi keadaannya. 

Kebun Tok Ayah ada 2-3 pokok durian je yang dah berbuah dan kebanyakan buahnya masih belum gugur. Tapi, untuk meraikan anak cucu yang hampir semuanya 'hantu durian', Tok Ayah beli dari kebun berhampiran. 

Selain durian menu lain termasuklah makaroni bakar, pulut, bubur caca, keropok dan kuih-muih. Minum petang kekdahnya. 

Kenyang makan, depa  buat sukaneka :D 

Ummi pula merayau dalam kebun kutip limau kasturi dan lemon. Nampak jantung pisang, Tok Ayah tanya nak ke? Maunya takmau Ayah, favorite ni ☺️

 
Jantung apa paling sedap ?

Tentulah jantung pisang cicah budu 🀩Regu pulak dengan pekasam ikan puyu dan nasi panas-panas, nikmatnya! 

Hasil tuaian di kebun Tok Ayah dan market Jitra. Seikat serai tu 2 ringgit je, segar-segar ... 

Seronoklah balik kampung ni, dapat makan ulam segar-segar...Singgah Zul Mee Rebus nak beli ikan bakar. Sekali nampak ulam segar ni, terus ambil nasi hihi... Irresistible! Baru pukul 11 tapi 'ada ceq kisah' :p

Ulam ni favorite Ummi tau. Tapi itulah, tak pernah jumpa pula di sini. Rupa macam daun kari tapi bukan, ianya sejenis ulam. Kawan Ummi kata namanya daun semeru. Betul? 


2 comments:

  1. Wah kenduri duian.
    Tidak pernah dengar nama daun semeru.

    ReplyDelete
  2. Musim durian dah tiba kan...hehe
    Kalau Google keluar juga nama & gambar daun tu NA.

    ReplyDelete