Sunday, 17 April 2022

14 Ramadhan ~ Berbuka di Ramly Bistro

Semalam kami sekeluarga berbuka di Ramly Bistro

Harga buffet Ramadhan RM25/pax dan kanak-kanak RM15/pax. 

Pilihan menu; 
Nasi Putih @ Nasi Serai
Sup Daging
Rendang Ayam
Meatballs & fish tauhu masak lemak
Fish fillet 
Sayur Campur
Buah Oren
Air Mango Peach 

Menu ala carte juga disediakan jika tak mau makan buffet. 

Sata dan otak-otak ni termasuk dalam set buffet. Setiap meja dapatlah serba satu.  

Lauk pauk semuanya sedap belaka. Cuma, konsep buffet-nya takdelah macam makan di hotel; yang kita ulang-alik ambil  itu ini .. Cuma ada nasi, lauk pauk seperti di atas tu je. Kuih muih takde, kecuali sata dan otak-otak 👆

Masa ni big group belakang kami belum sampai...Dan orang belum que untuk ambil food... Bila semua dah ada, suasana jadi sesak. 

Seeloknya buat reservation dulu... 

Walaupun kami dah buat reservation, ada juga miscommunication... Kat atas tu depa tulis 3 dewasa, 3 kanak-kanak tapi kerusi yang disediakan untuk kami hanya Lima kerusi! Itupun bukan arm chair, tapi kerusi kayu.  

Janji boleh duduk kan Adik? 

Nak tunggu kerusi lagi satu pun lama juga. Last-last dapatlah stool ni...


Oklah Angah, Lewis Hamilton pun duduk kerusi camni juga 😝

Walaubagaimanapun sedikit kekurangan ni taklah sampai kami nak boikot ke apa... Sebab kita faham depa dah buat yang terbaik untuk setiap pelanggan. Malah, kami plan untuk try lunch buffet bila ada masa nanti. Semalam tu too crowded for us to really enjoy the food.  Sejenis yang tak suka tempat sesakkan...

Menu Sahur
Nasi Putih
Ayam Goreng Bintang Tujuh
Telur Hancur
Serunding 

Menu Berbuka
Buffet @ Ramly Bistro
Bubur Lambuk Masjid Saidina Hamzah

Kami ambil turn solat Maghrib. Bistro ni berkembar dengan masjid. Senang nak solat. Malah staff Ramly yang off duty pun berbuka di masjid. 

Lepas solat, ordered teh tarik pulak .. sambil-sambil makan bubur lambuk ni. Nikmat! 

Tq Walid belanja 😘


4 comments:

  1. Ramai yang buat lemah semangat hendak datang. Hehe itu saya punya alasan.

    ReplyDelete
  2. setakat ni blom lg berbuka kt luar... malas dah pulak rasanya... dlu masa br beranak sorg semua tempat dicuba utk berbuka... skrg nk bawak ramai² hmm... malas.. sbb berbuka ni semua org mkn serentak so confirm ramai.. tp ayahnya adalah ajak bawak budak² buka kt luar cuma ibunya masih malas.. haha

    ReplyDelete
  3. Okaylah harga buffet macam tu. Boleh tahan juga menunya
    Tahun ni Mrs.A belum ada berbuka di luar lagi.
    Ada plan 29 nanti tapi tak pasti menjadi ke tidak hahaha...

    ReplyDelete
  4. PH sama macam ammi..ammi prefer tempat yang damai utk nak makan.
    bila overly crowded tu rasa jam otak.

    ReplyDelete