Dapat kiriman ikan bekok ni dari Maklong awal puasa hari tu. Selalu Ummi tengok blog Mama Tisya kalau ada makan-makan family dia kadang tu ada juga juadah ikan bekok. Tertanya-tanya juga bagaimana rupa dan rasanya.
Pucuk dicita ulam mendatang lah kan ...
Inilah rupanya ikan bekok yang Maklong kirimkan tu... Ikan ni basah-basah, bukan kering macam ikan masin dan baunya lebih kuat dari ikan pekasam.
Ummi goreng (tengok YouTube), letak cili dan bawang besar then perah limau. Baunya memang kuat sampai satu rumah (dan satu taman kot) berbau! Sambil tutup hidung Adik cakap "Ummi, lepas ni jangan goreng lagi ikan ni" 🙆
Rasanya? Isi ikan tu sedap, tak masin tapi baunya Ummi tak tahan. Seekor ikan tu Ummi cuma cubit-cubit je dengan Abang. Yang lain memang tak naklah...
Menu Sahur
Nasi Putih
Lauk berbuka semalam
Menu Iftar
Nasi Putih
Ayam Goreng Berempah
Masak Lemak Kobis
Ikan Bekok
Rendang Campur - beli dari anak jiran
Nasi tomato & geng - Bazar
Ayam lidi - Bazar
Murtabak - Bazar
Bubur Lambuk Atuk Man
Air soya/Milo ais/grape - Bazar
Kalau sedap takpe. Teruk sangat ke vau berbanding pekasam?
ReplyDeletefirst time dengo ikan bekok...
ReplyDeleteikan pekasam pun kita kureng minat tp klu ini lbh krg cam pekasam, alamat nya mmg x makan la heheh
Ni tak boleh membocorkan periuk nasi macam pekasam, kan?
ReplyDeletePernah dengar ikan bekok tapi belum pernah jumpa.
ReplyDelete