1 Ramadhan 1443H (Ahad)
Hari ni ambil peluang kemas porch dan beranda, usai kerja-kerja mengecat semalam. Nyaman je buat kerja sebab kipas baru, anginnya kemain kuat :D
Elok nak keluar buang sampah, abam Poslaju sampai ...
Ada serunding ayam & daging, kurma ajwa dan minuman 3-in-1; coklat, susu dan kopi. Tok Umi berniaga produk ni.
Turn Walid kemas koleksi kasut dia, Ummi masuk ke dalam nak berehatlah kononnya. On aircond, tup-tup gelap satu rumah :( Main fius dekat DB tu 'tendang'. Bila tolak ke atas, dia jatuh ke bawah semula. Called TNB, dia minta call wireman sebab rumah kami sahaja yang blackout. Cik Aiman kata tunggu pukul 12 dia sampai. Godek sana, godek sini akhirnya setel masalah kami. Puncanya dari wayar kipas baru tu 😅
Lepas Zohor, hantar Abang balik ke asrama.
Kami makan simple je...
Menu Sahur
Nasi putih
Sup ayam
Pucuk ubi goreng resepi Dato' Rizalman
Nugget ikan
Air Nescafe
Menu Berbuka
Nasi putih
Ayam goreng berempah
Kerabu daun selom
Baki lauk sahur
Kuih pau
Honey dew
Teh O
#Anak3 beli air manis di Bazar Ramadhan.
Alhamdulillah kenyang. Anak dara tu siap makan nasi 2 round; sebelum solat Maghrib sekali, lepas solat Maghrib ambil pinggan nak makan nasi lagi :D
Doa berbuka puasa...
Nasib baik sekejap sahaja masalah elektrik.
ReplyDeleteBerselera anak dara berbuka.
Mujur masalah elektrik dapat diselesaikan, dapat sediakan juadah berbuka yang membuka selera sampai anak dara mengulang lepas maghrib ya 😆
ReplyDeletedugaan betul.. tiba2 blackout.. rupanya dr kipas baru.. sabar jela.. hihi..
ReplyDeleteanak dara ammi pukul 10 dah call time utk masuk asrama. tapi eloklah..sampai awal, cepat sikit dia dapat kemas locker pastu rehat2 kejap
ReplyDeleteBelum pernah makan pucuk ubi goreng.
ReplyDeleteKalau letrik tendang gitu, memang kena check satu persatu barang elektrik atau plug yang kita tengah guna. Biasanya ada bau terbakar. Cabut plug dia, barulah tak tendang.
Pernah terjadi juga tetiba blackout di Jiboi dahlah masa tu nak buat wedding niece.Bila tengok rumah jiran elok je ada power supply call TNB macam lambat nak sampai mujur abang ipar ada kawan wireman settle laju alhamdulillah.
ReplyDeleteSedang puasa ni PH tengok makanan semua sedap ngeh! ngeh! ngeh!
Salam Ramadan Kareem kak. Kalau blackout time-time nak masak buka puasa, haru jadinya..huhu..
ReplyDeletemujur x lama sgt & dapat settled sebelum berbuka yer...
ReplyDeletepucuk ubi goreng tu..yum yum
Alamak kalau dha blackout pasti susah kan..nasib kejap aje..sedap plak nasi tu ha...
ReplyDeleteSedap betul tu sampai 2 round..Pucuk ubi tu macam nak buat la..Harap2 ada kerajinan🤭
ReplyDelete