Saturday, 2 April 2022

Semalam ~ Menjelang Ramadhan 2022

Hari ni 1 Ramadhan tahun Abang akan kembali ke asrama. Sempatlah sahur bersama, iftar kena tunggu balik raya nantilah. 

Anak bertuah tu pun, semalam baru cakap nak beli itu, nak beli ini. Kalau takat food @ toiletries takde masalah...ini kelmarin baru cakap nak kena beli t-shirt sea scout, nak  songkok baru, dompet baru dsbnya. Buku aktiviti sains pun baru hari ni terhegeh-hegeh nak ke Pustaka Rakyat. 

Makan jem la Ummi & Walid. Kereta banyak-banyak ni nak ke Tol Gombak, kami nak susur keluar ke Sri Gombak je...

Sana rancak, sini rancak... Mana-mana pun rancak... 

 
Apapun alhamdulillah semua yang dicari, ada. 

Untung juga jadi member Pustaka Rakyat ni, Harga buku RM7.45, Ummi hanya bayar RM6.60. Jimat jugakan...


Sementara Ummi keluar cari barang Abang, di rumah pula, Cik Aiman mengecat. Dah 10 tahun buat porch tu, tahun ni ada rezeki lebih cat semula bagi berseri sikit nak sambut Ramadhan & Syawal. 

Tiga hari juga Cik Aiman bertungkus-lumus bekerja :) 

Alang-alang dah ada tukang, minta tolong dia pasangkan sekali ceiling fan di porch ni. Salah satu blade patah terkena payung arwah Uncle Kassim masa kenduri kesyukuran nak pergi haji ...tahun 2014 dulu lagi nu... Lepas ni bolehlah geng main lepak kat porch ni. Takdelah FZ nak komplen panas lagi :D 

Alhamdulillah kurma tahun ni tak payah beli juga. Belum 1 Ramadhan, dah terima 4 bekas kurma; dari surau, Mia classmate Angah, dari syarikat Pak Tuan dan special delivery from Maksu. 

Minta Kakak & Adik masukkan dalam bekas, senang nak makan... 

Selamat menjalani ibadah puasa semua 🤗

Tq Ciksu atas perkongsian 👆



7 comments:

  1. Selamat menyambut Ramadan, PH.
    Banyak dapat kurma tu. Alhamdulillah ramai yang berebut buat pahala.

    ReplyDelete
  2. SALAM Ramadan Kareem kak.

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut Ramadhan.
    Saat-saat akhir cari barang anak sulung. Nasib baik ada.

    ReplyDelete
  4. Salam ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa

    ReplyDelete
  5. selamat berpuasa PH..
    ammi hari Sabtu haritu mula2 nak ke KL cari barang sekali punyalah jam jalan...alih2 pusing ke Bangi je

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan..selamat berpuasa

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan...kurma yayasan albukhary tu fav sgt..tiap2 thn dpt

    ReplyDelete