Tuesday, 26 April 2022

24 Ramadhan ~ Main Bunga Api

Malam tadi Dahlia datang, ajak Geng Main main bunga api. Sanggup tu ajak ibu ayah dia datang, nak main bunga api dengan kawan-kawan. Di tempat baru tak meriah kata ibunya. Sunyi je, semua orang tak keluar rumah :( 

Sakanlah budak-budak ni main... Banyak betul stok bunga api Dahlia bawak ... Campur dengan stok Aisyah lagi, macam dah malam raya dah :D 

Pokok jambu Ummi pun main bunga api juga :p 

Penutupnya, ayah Dahlia bakar bunga api ni ... 

Bergambar depan rumah jiran, sebab ada lampu lip-lap lip-lap. Baru terasa vibe raya ☺️ 

Bukan setakat bunga api, Dahlia juga bawa kuih raya dan duit raya untuk kawan-kawan dia. 

Tq Dahlia 🌹

Nanti raya kitorang ke rumah Dahlia pula, انشاء الله




5 comments:

  1. Perkara yang paling seronok dilakukan kanak-kanak menjelang hari raya.. hehehe.

    ReplyDelete
  2. wahh meriah.. bestnya main bunga api..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya main bunga api..x sabar nak tunggu anak- anak buah balik

    ReplyDelete
  4. Wah! sakan depa main bunga api ya.
    Masa berbuka di Jiboi last time anak-anak dan anak sedara pun sama sakan depa main bunga api berasap satu rumah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Anak2 lah yang membuatkan sambutan perayaan kita ni meriah.

    ReplyDelete