Hidup bersama Covid ni banyak ketidaktentuan dan ujian :( Baru 4 hari back to school, kena kuarantin (25/3-31/3) sebab ada 2 orang rakan sekelas +ve Covid.
Pihak sekolah minta semua murid buat RTK dan submit result kepada sekolah. Alhamdulillah Angah -ve. Risau sebab salah seorang yang +ve tu duduk belakang dia.
Sepanjang kuarantin ada diberi tugasan melalui GC. Selebihnya 'ber-huha' di rumah. Paling banyak bergaduh dengan Abang 😬
Kakak pun pernah kena kuarantin sebab kontak rapat juga, seminggu sebelum cuti sekolah hari tu. Tapi masa tu tiada PdPR, sebab penggiliran.
Test malam tadi pun -ve, alhamdulillah. Moga kami sekeluarga (dan kita semua) terus dilindungi dari wabak ini, aamin.
Alhamdulillah hari ni kembali ke sekolah. Ada majlis penyampaian watikah pengawas sekolah, pengawas PSS, SPBT dan PRS. Baju Melayu putih seragam hari Jumaat belum sempat dirasmikan lagi :D Minggu lepas kuarantin, minggu ni ada majlis, kena pakai uniform PRS.
Semoga anak2 dilindungi sentiasa
ReplyDeleteWalaupun covid sekarang ni gejalanya dikatakan ringan, tetap jugak bimbang jika dijangkiti. Semoga keluarga PH semuanya sentiasa diberi keafiaatan dan kesejahteraan, insyaAllah.
ReplyDeleteSemoga dilindungi Allah selalu. Memang tidak elak untuk bergaul dengan orang ramai.
ReplyDelete