Wednesday, 28 July 2021

Resepi ~ Pucuk Ubi Goreng ala Dato Rizalman

Pagi tadi kutip pucuk ubi di luar rumah. Dalam kepala, nak masak lemak cili api dengan keli salai. Tak pun nak buat masak lemak tempoyak. Almaklumlah, stok tempoyak homemade ada sebalang :p

Teringat rancangan Pong Pang Rizalman bulan puasa hari tu. Beliau ada masak pucuk ubi goreng. Memang terliur time tu tapi tak sempat salin resepinya. Kita pun bukannnya duduk tercongok depan TV, sambil lalu je. Itupun lebih fokus pada tetamu jemputannya, Abg Gee. Kelakar! 
Mujur ada yang kongsikan resepinya di Internet.

Resepi: Pucuk Ubi Goreng ala Dato Rizalman

Bahan-bahan
Pucuk ubi - basuh, tos hingga kering 
Ikan bilis - basuh bersih, toskan dan gaul bersama tepung beras
Bawang besar - dihiris
Cili kering - direbus, tos dan kisar kering
Ikan kurau masin - goreng dan kisar kering hingga halus 
Sedikit belacan
1-2 sudu gula
 Garam/perisa jika perlu

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak agak banyak dalam kuali
2. Goreng pucuk ubi hingga garing. Angkat dan ketepikan.

3. Keluarkan sedikit minyak dan mula menggoreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan. 
4. Masukkan bawang besar dan tumis hingga layu
5. Masukkan pula cili kering yang telah dikisar kering tadi. Tumis hingga pecah minyak

6. Masukkan asam keping, belacan, gula dan garam. Kacau sebati. 
7. Masak hingga agak kering barulah masukkan ikan kurau. Kacau sebati
8. Masukkan ikan bilis. Kacau seketika. Tutup api.
9. Bila kuah sejuk, barulah masukkan pucuk ubi dan gaul sebati semuanya dengan lembut agar pucuk ubi tidak hancur. 
10. Masukkan ke dalam bekas kedap udara supaya ianya kekal rangup. 

# Ikan bilis goreng dalam air fryer 
## Cili kering selepas direbus, Ummi goreng seketika bersama ikan masin

Secekak pucuk ubi ni dapat 3 bekas je. Satu makan tengahari, satu makan malam. Lagi satu untuk best jiran forever 😁

Simple je tapi sedikit renyah. Walaubagaimanapun hasilnya memang wow! Nak elakkan renyah tu yang Ummi guna air fryer supaya proses memasak lebih cepat :

Anak-anak especially Angah yang tak suka sayur tu pun pulun makan. Gaul dengan nasi macam makan sambal bilis kering tu je. Lepas ni boleh buat lagi :) Abang masuk asrama nanti, boleh buat bekal juga ni. Tapi, lambat lagilah nampaknya. Hari ni pun kes baru +ve >17k. Sama-samalah kita mohon agar dijauhkan dari wabak maut ni aamin. 

Selamat mencuba 🤗

8 comments:

  1. Sebagai peminat pucuk ubi, sy rasa kecurrrr

    ReplyDelete
  2. Sedap sangat itu sampai Angah makan banyak.
    Saya pun selalu makan pucuk ubi masak lemak atau celur sahaja.

    ReplyDelete
  3. kita suka rendang pucuk ubi... lama nyaaa x makan!!

    ReplyDelete
  4. Menarik betul cara masakan pucung ubi ala Dato' Ri ni. Mesti sedap rangup rangup pucuk ubi dan ikan bilis tu.

    ReplyDelete
  5. Wah menarik...
    Saya hanya pernah cuba masak rendang pucuk ubi rangup..pun sedap tapi macam juga masakan ni,renyah nak masak sampai rangup tu..Ish,teliur pulak

    ReplyDelete
  6. belum pernah try dan belum pernah makan lagi resepi DR ni PH. teringin gak nak cuba nanti..

    ReplyDelete
  7. Ini pembuka selera ni. Biasanya ksarie beli je. Entah bila ada kerajinan nak masak macam ni:)

    ReplyDelete
  8. Bab bab masak renyah ni mmg malaslah nak cuba hahhaha... tp mcm menarik jugak tu PH. Bolehlah nanti cuba kalau dah hilang malas

    ReplyDelete