Sunday, 3 May 2020

9 Ramadhan & Kegunaan SwiftKey Keyboard


Esok PKP Bersyarat (PKPB) akan bermula. Walaupun berat hati untuk keluar dari rumah, terpaksa akur dengan arahan dari majikan, demi sesuap nasi, betul? Amalkan  membaca doa ni;

بسم الله الذى لا يضر مع اسمه شئ في الاءرض ولا فى السماء وهو السميع العليم

Moga Allah pelihara kita semua.

Perasan tak doa di atas tu dalam tulisan Arab/Jawi? Sebab Ummi guna SwiftKey Keyboard:) Sebelum ni pendam je perasaan nak ada keyboard Jawi/Arabic di phone. Sebab Ummi suka tulisan Jawi dan suka salin doa-doa. Selain tu, ada online quizzes yang cikgu-cikgu bagi dekat anak-anak kena jawab dalam Jawi atau Arabic (subjek KAFA). Ada sekali tu latihan Tajwid, sebab belum tahu guna SwiftKey Keyboard ni, Abang jawab soalan Tajwid guna rumi, dapat markah 2/20 je sebab jawapan dia tak sama dengan skema jawapan. Jawapan tu dah auto setting kan. Kalau cikgu tanda tu lain cerita. Kesian Abang :)

Rupanya mudah sahaja. Guna sahaja SwiftKey Keyboard yang mostly dah ada dalam Android phone. Cuba check phone masing-masing. Yang belum ada, boleh install. 


Caranya;
Setting > System > Language & Input > SwiftKey Keyboard > pilih Malay (Jawi). Nak pilih lebih dari satu bahasa pun boleh. Nanti nak guna just swap keyboard phone kita, kiri-kanan. 




Untuk lebih jelas, boleh rujuk SINI dan SINI. Terima kasih kepada mereka yang share. جزاک الله خبر جزاء.

Menu berbuka semalam main campak-campak je. Jadi, takdelah resepi yang nak dikongsi 😊


Kek Batik ni tak se-moist yang diharapkan :)(


Menu Iftar 9 Ramadhan 1441H

Nasi Putih

Kari Ikan Tongkol
Sambal Telur Puyuh
Sayur Pak Choy
Kek Batik
Bubur Lambuk Hj Man
Murtabak
Karipap by Ustazah 
Pisang

Jus Lemon Pudina / Teh Tarik

Sebab hari ni post entry sebelah petang, bolehlah ucap سلامت بربوکا 🤗

6 comments:

  1. Mrs. A pernah baca swiftkey keyboard ni dulu tapi tak ambil port sangat lepas ni nak godek-godek baliklah.
    Nak buat kek batik belum tercapai lagi asal nak beli biskut mary je dah habis hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun 2-3 kali try baru dapat beli biskut Marie ni Mrs A :)

      Delete
  2. Salam ramadhan pkpb..semoga semuanya baik2 saja, ingat semuanya bergantung pd diri kita juga, langkah berjaga2 itu penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kena tetap ikut langkah pencegahan yang telah digariskan.

      Delete
  3. Campak2 pun nampak sedap ja juadah tu puan hehe.
    Salam Ramadan, saya singgah sini ya.
    Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete