Wednesday 6 May 2020

12 Ramadhan & Zubair bin Al-Awwam


Sejak 2 minggu lepas, Abang mula belajar tajuk 10 Sahabat yang di Janjikan Syurga untuk subjek Sirah. Ustazah Fauziah akan rekod voice note dan share dalam group WhatsApp kelas. Anak-anak murid perlu baca, hafal, buat nota dan latihan. Cuma, untuk minggu ni ibu ayah kena turunkan tanda tangan untuk pastikan anak-anak betul2 hafal.


Sambil mengajar Abang, Ummi pun dapat juga ilmu. Alhamdulillah, berkat sama-sama baca, Ummi pun dah ingat semula nama-nama sahabat besar Rasulullah yang dijanjikan Syurga ni. 

Minggu ni kena buat nota pasal Zubair bin Al Awwam, salah seorang daripadanya. Beliau ialah pahlawan Islam yang sangat hebat, sentiasa di barisan hadapan dek kehandalan beliau menunggang kuda. Sentiasa menyertai perang-perang besar bersama Baginda Rasulullah. Mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Baginda kerana beliau juga menantu kepada Saidina Abu Bakar Al Siddiq. Isteri beliau ialah Asma' Binti Abu Bakar, kakak kepada Ummul Mukminin, Aisyah Binti Abu Bakar. Sahabat baik beliau ialah Talhah b Ubaidillah, seorang lagi ahli syurga.


Bila baca kisah mereka, terasa kerdilnya diri. Tapi, pengorbanan mereka sangat besar. Tak tergambar perit jerih yang mereka lalui demi agama tercinta. Berkat pengorbanan mereka, Islam sampai kepada kita. Bulan puasa pun mereka gagah berperang. Hebat! 

Berkisah pula tentang berbuka semalaman. Rezeki melimpah ruah buat kami sekeluarga semalam. Jiran-jiran pakat balas bekas serentak. Penuh meja dengan pelbagai juadah. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Ummi memang teringin nak buat puding jagung, tapi di rumah ni Ummi sorang je makan puding. Jadi Ummi buat bubur jagung. 


Bubur jagung yang Ummi masak kali ni tak menjadi pula 🤦‍♀️. Jagung tin yang Walid beli kali ni agak masam. Next time, tak beli dah jenama ni. ❌❌❌ terus. Rezeki pemberian jiran-jiranlah jadi juadah berbuka kami semalam. 



Bubur Lambuk Pak Hassan Kg Baru...
Depa kumpul order di ofis. Then ada runner tolong pi beli.


Menu Iftar 12 Ramadhan 1441H

Nasi Putih 
Tomyam Ayam
Ikan Talapia Goreng Bawang Kicap 
Ulam & Sambal Belacan 
Bubur Jagung
Roti John 
Bubur Lambuk Pak Hassan Kg Baru
Puding Jagung from Mak Bee
Puding Milo from Ustazah 
Cekodok Pisang & Pajeri Nenas from Kak Leha 
Tembikai
Air Mangga /Air Tembikai by Uncle Alam
Teh Tarik / 

Resepi takde hari ni ye 😊

6 comments:

  1. Saya pun dapat belajar balik bila Puan Hazel tulis dalam blog. Bagus juga sebagai ingatan dan rujukan.

    ReplyDelete
  2. Ada hikmahnya PKP ni Dan belajar online.. secara tak langsung Kita pun Sama mengulangkaji semulakan..

    Selamat menjalani ibadah puasa Puan Hazel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentiasa fikir positif, Insha Allah positiflah yang kita dapatkan Kak Yatie :)

      Delete
  3. alhamdulillah...murah rezeki...meriah menu berbuka..

    ReplyDelete