Monday, 11 May 2020

17 Ramadhan ~ Nuzul Quran dan Hari Ibu 2020


Semalam 17 Ramadhan, salah satu hari penting dalam kalendar Islam, hari Nuzul Quran. Seingat Ummi tahun-tahun sebelum ni, kalau hari Nuzul Quran jatuh pada hari Jumaat, Ahad atau Isnin maka penuhlah Jalan TAR dengan umat manusia membeli-belah untuk sambutan hari raya Aidil Fitri. Almaklumlah warga KL (Wilayah) dan Selangor cuti Nuzul Quran. Selain tu, masjid-masjid dan surau-surau juga meriah dengan majlis agama; ceramah, forum, iftar perdana dsbnya tapi tahun ni nyata berbeza sekali. Sunyi tanpa sebarang sambutan. Alhamdulillah jika ada yang mengiimarahkan bacaan Al Quran di rumah masing-masing.

Ini pula hadiah hari ibu dari anak-anak 😍
Ummi bangun dari afternoon nap nampak ada kad ni terselit tepi bantal. Sweet la Abang 😘


Dari Kakak... As usual, kata-kata manis penuh kasih sayang untuk Ummi. Luv you Kakak 🤗

Angah? Ada juga... "Ummi ambiklah 5 ringgit duit Angah yang Ummi simpan tu. Angah bagi hadiah kat Ummi"  Tak sampai hatilah pula nak ambik 😂😂😂
By the way, thanks my loves.


Menu Iftar 17 Ramadhan 1441H
Nasi Putih


Daging Berkuah Kacang
Ikan Kembung Goreng 
Sayur Campur
Puding Roti & Sos Kastard
Nasi Tomato from Makcik Abang
Bubur Lambuk Hj Man 
Teh Tarik/Sirap Bandung


Dah 3-4 hari Ummi tak masak untuk jiran-jiran. Masak ala kadar untuk family sendiri je. Mood memasak ke laut hihi..


Puding Roti Noxxa

5 comments:

  1. Selalu juga Puan Hazel dapat/beli bubur lambuk Hj Man tu ya.
    Ingatkan anak nak ucap 'Selamat Hari Ibu' tu penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Favourite suami NA. Hari2 dia berbuka dgn bubur lambuk :)

      Delete
  2. Salam Nuzul Al Quran. Imarahkan Ramadhan dengan bacaan Al -Quran setiap hari. InshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Fiza.. Sama2 kita jadikan Al Quran teman akrab.

      Delete
  3. Salam Nuzul Al Quran dan selamat hari ibu sis..

    ReplyDelete