Tuesday, 5 May 2020

11 Ramadhan & Resepi Kek Pisang Moist (Blender)


Kakak: Ummi, kalau Kakak ambik wudhuk 2 kali, lepas tu Kakak ken***, kena ambil wudhuk semula tak?
Ummi: Mestilah... Sebab wudhuk Kakak dah batal"
Kakak: Ingatkan tak payah sebab Kakak ada 2 wudhuk
😂😂😂


Siapa kata boring jadi surirumah hihi... Macam-macam karenah dan keletah tau yang buatkan hati Ummi ni sentiasa terhibur hihi...

Berbuka semalam Ummi masak mee goreng basah untuk balas bekas jiran-jiran. Dua tiga hari lepas masak ala kadar je, jadi Ummi simpan dulu bekas jiran-jiran. Ada kesempatan baru balas.



Menu Iftar 11 Ramadhan 1441H
Nasi Putih
Daging Bistik
Ikan Kunyit Goreng Berlada
Kacang Buncis Goreng
Kek Pisang
Buah oren
Nescafe Tarik / Air Lemon

Resepi Daging Bistik tu Ummi ambil dari blog Mamapipie, yang berkongsi resepi masakan followers-nya. Macam-macam resepi yang dikongsikan. Good job Mamapipie 👍

Untuk resepi Daging Bistik ni boleh ke Blog Mamapipie ye.

Manakala resepi Kek Pisang Moist pula Ummi ambil dari portal Sirap Limau. Kali pertama Ummi cuba resepi ni, Ummi kukus seperti disarankan. Tapi, untuk kali kedua Ummi bakar. Mana-mana kaedah pun, hasilnya sedap alhamdulillah.


Kek Pisang (Blender)
Sumber: Oh Bulan

Bahan-bahan
1 cawan pisang lenyek - 4 biji pisang berangan
1 biji telur gred B
1 cawan gula @ 3/4 cawan
1 cawan minyak masak
1 penutup esen pisang - tak letak

Bahan ayak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 s/b baking powder
1 s/b soda bikarbonat
(Semua bahan diayak bersama) 

Cara-cara
1. Kisar gula dan telur sekitar 5 minit.
2. Masukkan minyak masak, pisang dan esen pisang. Blend lagi sekitar 2 minit.
3. Tuang adunan yang dikisar ke dalam adunan tepung. Kaup balik hingga sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang.
5. Sementara itu, panaskan pengukus.
Kukus dengan api besar sekitar 20 minit.
ATAU bakar di dalam oven selama 45-50 minit pada suhu 170°C. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu.


4 comments:

  1. Wah boleh tahan menunya, sedap2 belaka tu..tahniah rajin masak takyah sibuk2 beli makan kt bazar online tu kan, masak sendiri puas hati betul tak PH.

    ReplyDelete
  2. Saya tak biasa beli online kak. Tak reti, tak berapa nak yakin dll unless org yg kita kenal...

    ReplyDelete
  3. hihi..macam macam karenah anak jadi penghibur. Fiza pun kalau buat kek pisang guna blender je senang.

    ReplyDelete
  4. satu soalan : mana gambar kek pisang?
    aida suka tgk gambar :) ha ha ha ha ha...

    daging bistik tu. aida ada baca. lom try lagi.

    ReplyDelete