Friday, 8 May 2020

14 & 15 Ramadhan & Persiapan Baju Raya


Apa yang sibuk sangat pun tak tahulah Ummi semalam sampai terlupa nak buat update blog. Semalam, 15 Ramadhan kita kehilangan sebutir lagi permata ummah. 

سلامت بريحت توان ݢورو 

Bila dah masuk separuh Ramadhan, mood raya mula menjelma. Walaupun tahun ni kita akan menyambut hari raya dalam suasana berbeza; tak boleh balik kampung, tak boleh ziarah raya tapi sikit sebanyak persiapan tu nak diadakan juga. Betul tak? 

Ummi baru nak setelkan bab baju raya, the utmost priority in the list. Dah setel bab baju, baru rasa lega. Walaupun raya tahun ni tak dibenarkan balik kampung, nak juga raikan seadanya. Ummi OK je as long as we are together cuma dok teringat Tok di kampung. Janjinya nak balik ambil raya ni. Tok pun dah mula rindu dengan budak-budak ni. Tapi apa boleh buat, redha je dengan ujian ni. Insha Allah ada sinar di hujung terowong 🌹

Hari tu godek-godek tempat simpanan baju melayu, jumpa baju melayu Walid dan Abang tahun 2014. Baju Walid tu untuk Abanglah. Terletak elok je di badannya. Angah pula akan pakai baju melayu Abang tapi with minor alteration. Pinggang Abang besar, pinggang Angah pinggang kerengga 🤭 Walid pula, start PKPB barulah dapat jumpa tailor favourite dia. Sempatlah hantar kain untuk jahit baju melayu. OK, setel baju raya for the boys.

Untuk Ummi, baju raya 2014 tu elok dan muat lagi. Baju yang belum pakai pun ada 1-2 pasang lagi cuma warna je tak matching dengan boys. Adik pun sama, ada few pasang baju yang belum digayakan. Tak kisah pun sebab tahun ni beraya dalam rumah je nampak gayanya :D Sekarang ni nak cari baju untuk Kakaklah sebab dia takde baju baru. Semua baju dah banyak kali ulang tayang.

Sembang bab raya ni seronok tapi itu je lah persiapannya setakat ni. Beza dengan tahun-tahun sudah. Time ni baju raya dah siap bergosok, tunggu nak angkat masuk kereta bawa balik kampung je 😂😂😂

Jom tengok menu iftar. Mungkin ada yang dah kering idea, boleh ambil inspirasi. Inspirasilah sangat haha...

Menu Iftar 14 Ramadhan 1441H

Nasi Putih 

Ikan Cencaru Goreng Bawang Kicap 
Sambal. Jawa 
Sambal Telur Puyuh 
Laksam 
Keu Tiau Goreng from Kak Leha

Laksam

Laksam in the making...

Untuk resepi laksam sedap, boleh ke DAPUR KAK AMIE.

 Ummi letak tungku dalam periuk kukus supaya senang nak angkat/gulung laksam. Tidaklah asyik 'sauna muka' je :D

Untuk jiran tersayang, Kak Leha.

Dari jiran sebelah... Habis dah aih, takdan raya 😁



Menu Iftar 15 Ramadhan 1441H 

Nasi Putih 
Ayam Phad Pet 
Siakap Stim ala Thai 
Nasi Beriani, Ayam Masak Merah & Acar Timun from Mak Bee
Sardin Puff 
Tembikai 
Teh Tarik / Air Nata de Coco

Resepi Phad Phed Ayam sedap dari Kekny.
Resepi di SINI.

Siakap stim ala Thai. Resepi SINI.

 Tapi Kakak tak suka. Dia suka Ummi stim macam biasa. Yang ni masam sikit sebab perah limau atas ikan sebelum dikukus. Biasa Ummi hanya rendam ikan dalam air limau nipis untuk hilangkan hanyir.

Percubaan buat sardin puff guna Roti Paratha. Ada kembung ada leper hihi...

Rezeki kami semalam dapat 2 set nasi beriani dari Mak Bee. Kenduri untuk arwah suami katanya. Sebenarnya terlintas juga dalam hati Ummi nak makan nasi beriani dari Rahman Beryani tapi bila memikirkan terpaksa que panjang untuk beli nasinya, Ummi pendamkan hasrat. Alhamdulillah, rezeki tu sampai depan pintu rumah. 

الحمدالله

2 comments:

  1. Alhamdulillah. Tercapai hasrat/keinginan.

    ReplyDelete
  2. Akk bulan puasa kali ni dah dua kali buat laksam.

    ReplyDelete