Thursday, 7 May 2020

13 Ramadhan ~ Lahoriye & Resepi Kuih Kaswi Pandan


Perasan tak di TV2 selalu ada movies menarik yang ditayangkan? Ummi kalau nak layan movies best biasanya di TV2-lah. Setiap hari (weekdays) ada movies jam 9.30 malam. Bergilir-gilir ikut hari; cerita Melayu klasik (Isnin), cerita Hollywood (Selasa), cerita Tamil/Hindi (Rabu), cerita Cantonese (Khamis). Jumaat malam Ummi tak sure sebab selalu layan movie di TV3. Cerita yang eelalu Ummi nantikan of course cerita Hindi atau Tamil. Walaupun bukan box office movies, tapi filem yang ditayangkan ada mesej, baik jalan ceritanya serta di luar jangkaan. 

Malam tadi best sangat cerita Hindi yang ditayangkan. Not an ordinary Hindi movies. Pelakon tak kenal tapi lakonan superb belaka. Jalan cerita dan plot twistnya sangat menarik. Sangka Ummi akan ada banyak adegan pergaduhan dan konflik memandangkan cerita ini tentang percintaan antara lelaki Sikh dan perempuan Islam; seorang dari India, seorang dari Pakistan. 

Sinopsis... 
Sekarang Ummi tengok TV kat phone je :) 

Ceritanya bermula apabila seorang kanak-kanak Muslim terpaksa meninggalkan rumah agam miliknya. Rumahnya terpaksa diserahkan kepada sebuah keluarga Sikh, atas arahan penjajah British ketika itu. Penduduk Muslim dipindahkan ke sempadan sebelah Pakistan manakala yang beragama Hindu ditempatkan di sempadan sebelah India. Kanak-kanak dari keluarga Sikh tersebut telah menyerahkan serban miliknya kepada kanak-kanak Muslim sebagai tanda persahabatan. Kanak-kanak Muslim itu pula telah berpesan agar kanak-kanak Sikh tersebut menjaga rumahnya. Masa ni cerita hitam putih.

Kemudian muncul seorang pemuda Sikh yang bekerja sebagai kerani di pejabat kerajaan. Tugasnya ala pegawai JPJ kita, mengeluarkan lesen untuk yang layak. Sangka Ummi inilah kanak-kanak Sikh tersebut. Rupanya Ummi silap!

Satu persatu babak yang dipertontonkan terus 'mengikat' Ummi di kerusi. Makin menarik sampai tak sabar nak tahu apa akan jadi seterusnya. Selain jalan cerita, perkara yang Ummi suka tengok dalam filem mahupun dokumentari ialah cara hidup, budaya, pemandangan sesuatu tempat. Tak mungkin Ummi dapat ke sempadan India dan Pakistan tapi melalui filem ini dipertontonkan kehidupan mereka di sana.

Pemuda tadi, Kirkar namanya terpaksa mengambil alih tugas ayahnya membajak tanah pertanian mereka di sempadan antara dua negara. Untuk ke sana, Kirkar terpaksa melalui checkpoint tentera India. Malah, seorang askar akan naik sama atas traktornya dan berkawal. Nak dijadikan cerita, Kirkar terpandang seorang gadis Pakistan di seberang sana. Gadis tersebut dengan keluarganya juga bertani di sempadan. Mulalah mamat ni angau. Hari-hari dia berpakaian segak untuk memikat gadis tersebut. Dia berjaya membaling sepucuk surat ke arah gadis tersebut tanpa dikesan oleh askar yang mengiringinya. Menjadi kesalahan untuk kedua belah pihak berhubung melalui sempadan. Gadis tersebut, Amira pula sering ditemani oleh anak kepada tuan tanahnya, Naseem. Naseem ni nampak surat yang dikutip oleh Amira. Nampak riak kurang senang di wajah Naseem. Cinta tiga segilah ni. Rupanya salah lagi tekaan Ummi πŸ˜…

Dek kerana tak tahan menanggung rindu, Kirkar bertekad untuk ke sempadan sana. Melalui cara sah; guna passport & visa. Walaupun dihalang oleh rakan-rakannya, sebab risiko yang besar dan kemungkinan dia akan ditangkap, dibunuh Kirkar tekad. Dia nak jumpa Amira,  nak tanya Amira suka dia ke tidak. Sebelum pergi, dia berjanji untuk membawa balik tanah dari kampung datuknya, di sempadan sana. Datuknya ni setiap kali anak menantu (ibubapa Kirkar) bercadang untuk merobohkan rumah mereka dan membina kediaman lebih selesa, dia akan protes. Dia baring atas tanah, tak bergerak. Lucu Atok ni.

Akhirnya sampailah Kirkar ke sempadan sana. Dekat je rumah depa tapi sebab terpisah dua negara, kenalah ikut prosedur. Bertembung pulak dengan Naseem. Ingatkan nak gaduh dah, rupanya baik pula Naseem ni. Siap escort Kirkar bawa jumpa keluarga Amira. Tapi, sebelum tu dia, bagi warning-lah Kirkar jangan permainkan Amira.

Dipendekkan cerita, kedua keluarga menerima baik hubungan mereka berdua. Of course mula tu ada tentangan terutama dari Pakcik Kirkar. Dia nak jadi calon menteri. Isu ni kan sensitif, cross border marriage dan perbezaan agama. Di pihak Amira pula, tuan tanah iaitu ayah Naseem pun punya cita-cita politik. Nak dapatkan ticket untuk jadi calon juga. Namun, akhirnya kedua belah pihak mencapai kata sepakat sementelah datuk Amira rupanya kanak-kanak Muslim yang terpaksa meninggalkan tanah kelahirannya dulu akibat dasar British pada masa itu. Dan kanak-kanak Singh yang menjaga rumah agamnya itu adalah datuk Kirkar. Sebab tu datuk dia akan protes setiap kali usul merobohkan rumah agam tersebut dibincangkan. Beliau setia memegang amanah sahabatnya.

Ingatkan dah happy ending sebab keluarga lelaki dah ke rumah pengantin perempuan. Nak bersiap untuk majlis perkahwinan Kirkar & Amira. Ada lagi plot twist-nya. Naseem ni berkenan pula dengan sepupu Kirkar, Harleen. Ingatkan oklah, dapat restu sebab Naseem banyak tolong Kirkar untuk rapat dengan Amira, keluarganya dan ayahnya (tuan tanah). Rupanya keluarga Kirkar tak setuju, termasuk Kirkar sendiri. Lebih kurang ginilah dia kata, Punjab India lain, Punjab Pakistan lain. Maksudnya still ada perbezaan. Amira pula terdengar perbualan ni. Terus terasa hati, nak batalkan perkahwinan. Bila ayah Naseem usulkan untuk pinang sepupu Kirkar, Pakcik Kirkar marah. Lebih kurang katanya, kami datang sini untuk bawa balik anak perempuan kamu (Amira), bukan untuk tinggalkan anak perempuan kami (Harleen) di sini.

Akhirnya keluarga lelaki balik semula ke India. Mulalah saling merindu, pakat bersedih hati. Bukan setakat Amira malah keluarga dua belah pihak. Sebab depa dah ngam. Akhirnya, datuk Amira tak tahan tengok keluarganya bersedih dia jumpa tuan tanah dan minta satu peluang. Dia kata dia sanggup balik ke rumah lamanya untuk hantar Amira ke sana. Sebab Atok ni dah tua. (80-an gitu umurnya), tuan tanah ni pun bagi peluang. Dia jangka Atok ni takkan berjaya balik ke rumah agamnya. Siap tutup mata dengan kain lagi sebab Atok kata kalau tutup mata pun dia masih ingat jalan ke rumahnya.

Akhirnya Atok dibawa ke kampung Kirkar dan diminta mencari rumahnya. Dengan bertongkat, meraba-raba akhirnya Atok berjaya kembali ke rumahnya. Lebih sweet, datuk Kirkar turut sama menunggunya di sebalik tembok.

The end. 

Panjang pulak kisahnya :D 


Menu Iftar 13 Ramadhan 1441
Nasi Putih 
Ayam Masak Merah 
Paru Goreng Rampai 
Acar Timun 
Kuih Kaswi Pandan 
Puding Roti from Ustazah 
Sagu Gula Melaka from Mak Bee 
Teh Tarik / Air Tembikai


Resepi Kuih Kaswi Pandan

Bahan-bahan
Bahan A
3 cawan air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan

Bahan B
1 cawan air tapisan pandan  (8 helai daun pandan)
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kanji
1 sudu teh kapur masakan

Bahan C
2 cawan kelapa parut muda (Kelapa putih saja)
Sedikit garam

Cara-cara
1. Masakkan bahan A dan tapis. Kemudian ketepikan.
2. Bancuh semua bahan B bersama bahan A tadi. Kemudian tapiskan ke dalam loyang yang sudah disapu minyak.
3. Kukus selama 30 minit. Kemudian angkat dan tunggu sehingga sejuk.
4. Di mangkuk yang lain, gaulkan garam dengan kelapa.
5. Golekkan kuih yang dipotong bersama kelapa tadi. Sedia dihidangkan.


Untuk adunan ni, dapatlah Ummi berkongsi dengan jiran-jiran juga. Maknanya banyak jugalah sukatan 2 cawan tepung gandum ni. Kalau nak sikit, boleh kurangkan sukatan. 

Juadah dari jiran-jiran...



Kurma dari Pak Tuan. Alhamdulillah ada rezeki lagi dapat kurma dari pihak beliau tahun ni. 


4 comments:

  1. Sedih pula baca cerita filem Hindi tu. Alhamdulillah, rezeki daripada jiran-jidan.

    ReplyDelete
  2. nanti aida carik citer tu.

    kaswi. nak buat. tapi tu la, mencari kelapa parut punyer la susah.
    masih x dpt!
    nak buat kaswi. onde-onde. semua lom menjadik!
    bahan semua ada. kecuali tu la, kelapa parut!!!

    ReplyDelete
  3. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰
    Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

    Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

    2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


    ▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

    .................................................................

    ▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
    ..................................................................

    ▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

    Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

    ...............................................................


    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete