Thursday, 21 May 2020

27 Ramadhan ~ Projek Raya II: Wajik & Dodol


Comot sikit dodol tu ☺️

Ikut plan asal Ummi nak buat biskut mazola dan biskut makmur untuk raya tahun ni. Tapi disebabkan ada beberapa bahan takde dan Ummi pun malas nak beratur panjang di bakery, Ummi tukar plan. Cuba buat dodol dan wajik atau kami panggil pulut kacau. Atau di sesetengah tempat di Kedah disebut pulut kucai. Kucai tu sama maknanya dengan kacau. Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah, ada dijual di kedai runcit atau kedai serbaneka berhampiran.

Semalam Ummi buat dodol dengan periuk Noxxa. Dari segi rasa alhamdulillah sedap. Tapi dari segi tekstur, liat kemain. Nak potong pun tak boleh. Kena pakai sudu untuk keluarkan dodol dari bekas. Bila guna sudu, tak cantiklah potongannya. Tak jadi Ummi nak sedekah pada jiran-jiran.

Hari ni pula Ummi buat pulut kacau. Alhamdulillah sedap rasanya, cantik pula hasilnya. Ada rezeki untuk jiran-jiran kali ni. Resepi Ummi ambil dari blog ceriteraibu. Minta dihalalkan resepinya ye Dilah 🌹

Ummi gandakan adunan sebab niat nak berkongsi dengan jiran-jiran. Bila masak air gula, mendidih hampir nak melimpah keluar dari inner Noxxa jadi cepat-cepat Ummi masukkan pulut yang sudah ditanak. Kemudian kacaulah hingga hampir kering air gulanya. Kemudian Ummi off suis dan transfer ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan pada suhu bilik. Dah sejuk betul, barulah tutup bekas dengan penutupnya.


Wajik @ Pulut Kacau

Bahan-bahan untuk pulut
2 cawan beras pulut
2 cawan air
3 ulas isi durian - tak letak 
Sehelai daun pandan - disimpul 

Bahan-bahan untuk air gula 
2 cawan santan 
2 cawan gula merah 
1/2 cawan air
Sedikit garam
Sehelai daun pandan - disimpul 

# Ummi gandakan kuantiti bahan-bahan

Cara-cara
Untuk Pulut 



1. Masukkan beras dan air ke dalam periuk Noxxa. Masukkan juga daun pandan yang telah disimpul

2. Set High Pressure HP03 untuk masak pulut.
3. Bila dah siap masak, releasekan wap air secara perlahan. Ketepikan.

Untuk Air Gula
1. Satukan semua bahan air gula; gula merah, 1/2 cawan air dan santan serta daun pandan. 



2. Tekan butang stir fry dan kacau air gula hingga pekat. 



3. Masukkan pulut yang telah ditanak tadi dan kacau hingga sebati dan air gula kering. Off butang stir fry dan berhenti mengacau sekiranya sudah mencapai tekstur pulut yang dikehendaki  samada hendak pulut yang kering atau basah-basah. Ummi suka basah-basah. 

4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Biarkan sejuk pada suhu bilik. Tutup bekas sekiranya pulut kacau telah benar-benar sejuk.


Semalam Mak Kodiang 'tayang' acar dekat Ummi, hari ni Ummi 'balas' dengan pulut kucai.


2 comments:

  1. Lagi senang ya buat dodol dan wajik guna periuk Noxxa.

    ReplyDelete
  2. Lama Tak makan wajik. Sedapnya.

    ReplyDelete