Sunday, 3 May 2020

10 Ramadhan & Resepi Pisang Karamel with Aiskrim Vanilla


Berlalu sudah 10 hari pertama bulan Ramadhan. Sekejap je kan... Tahun ni mood nak puasa je kalau boleh. Istimewa Ramadhan tahun 2020 ni. Sunyi tapi tetap meriah. Sedih tapi tetap bersyukur.

Penjarakan sosial dalam LRT. 

Walid naik trip awal tadi, masih lengang. Balik nanti tak tahulah macamana keadaannya. Hopefully everything goes well with all of us.

Jom tengok menu berbuka semalam... Anak dara request nasi lemak untuk bersahur. Memang tak rajinlah Umminya nak masak nasi lemak pagi-pagi buta. Tapi, untuk tak menghampakan Kakak, Ummi masak nasi lemak untuk berbuka. Happy dia dapat apa yang dihajati.



Menu Iftar 10 Ramadhan 1441H

Nasi Lemak Pandan 
Sambal Tumis Udang 
Ayam Goreng ala KFC 
Sayur Tempe + Kacang Panjang 
Telur rebus/ikan bilis/Timun 
Bubur Lambuk Hj Man
Murtabak
Roti Sardin from Kak Sha
Pisang Karamel with Aiskrim Vanila

Sirap Bandung / Teh O Pudina


Kali ni nasi lemak Ummi elok kejadiannya walaupun Ummi guna beras basmathi. Ummi ni selalu failed bab masak nasi guna beras basmathi, asyiklah lembik atau kadang tu nasi kering sangat. Tipsnya, bila dah masuk beras, santan, air, bawang, halia, daun pandan dsbnya renjis sedikit minyak masak sebelum tutup periuk. Macam kita rebus pasta tu. Nanti nasi kita jadi relai (sebutir sebutir, tak melekat). Petua ni Maksu dapat dari seorang penjual nasi lemak. Patutlah nasi berperisa yang Maksu selalu masak elok je kejadiannya. Untuk resepi Nasi Lemak Pandan ni Ummi ikut resepi CIK EPAL. Sukses sudah beliau sekarang ni 👍



Manakala resepi pilihan hari ni ialah Pisang Karamel with Aiskrim Vanilla yang super lazat.

Nak makan nanti letak aiskrim 😋

Pisang Karamel with Aiskrim Vanilla 

Bahan-bahan
Pisang secukupnya (boleh guna pisang berangan/emas/montel/nangka) - Ummi guna 3 biji pisang berangan
Aiskrim vanilla secukupnya
Kacang yang telah dibakar/goreng - badam/gajus/walnut - Ummi letak kacang tanah tumbuk dan walnut.
Chocolate rice - Ummi tambah

Bahan Karamel
3 sudu gula pasir- untuk dikaramelkan
3-4 sudu air

Cara-cara
1. Sediakan pisang - Ummi belah dua pisang tersebut.
2. Masukkan gula dalam pan. Tunggu hingga jadi karamel baru masukkan air. (Hati-hati kerana air gula akan merecik).
3. Bila dah cair semunya, masukkan pisang. Golek-golekkan pisang hingga pisang bersalut dengan karamel. Tutup api. 



4. Angkat dan letakkan ke dalam bekas hidangan.

5. Hidangkan bersama aiskrim vanilla dan taburan kekacang serta chocolate rice.

Mudah sangat dessert ni. Tapi sedap. Cuba tau!

2 comments: