Monday, 25 December 2017

Staycation @ Impiana Hotel Ipoh



Balik dari kampung hari tu kami singgah bermalam di Hotel Impiana Ipoh. Staycation kata orang sekarang :) 



Inilah bilik kami, deluxe twin. Dapat bilik hujung, memang besar lah spacenya. Budak2 ni siap main nyorok-nyorok ๐Ÿ˜‡ 





In term of keluasan bilik tu memang puashati sangat. Their hospitality pun should be commended. Dari lobi hingga ke bilik semuanya friendly and helpful. Minta extra towel takdan 5 minit depa hantar...

However, facilities dalam bilik ni dah outdated or no longer in good condition. Tilam pun dah rasa keras, dah tak empuk dah ๐Ÿ˜… . Actually kami dah bagi feedback on this matter and they said that they will refurbish the hotel. 


Kita makan bekai dulu. Banyak sungguh stock makanan kami; maksu & Tok Umi bagi bekal sampai tak termakan. Sebelum bertolak balik tu kami sarapan di rumah maksu. Dia masak nasi butter, rendang itik, sambal kepah kering dll... 


Dahi kakak benjol jatuh tangga tiime kenduri tu. 

 Takde hal nak makan dalam bilik hotel pun sebab sekarang ni kalau travel @ stay dekat hotel Umi memang standby pinggan cawan susu garfu semua.... Lebih selesa makan dalam bilik sebab senang nak monitor anak2. Tikar memang sentiasa standby dalam kereta.  

Petang tu bawa depa mandi pool. 






Tak ramai orang dalam kolam lagilah best. Berendam dalam kolam tu sampai depa tutup kolam tu pukul 7 malam. Ikutkan hari Umi pun nak berendam juga tapi changing room under construction. Celop kaki je lah... 

Malam tu keluar sekejap cari food then balik bilik lepak je. Memang taknak jalan mana2 pun just nak enjoy the comfort of a hotel. Kalau nak keluar ke Gerbang Malam yg terkenal di ipoh ni pihak hotel ada sediakan transport. Kami tak join pun. 



Breakfast untuk Umi & Walid dah included dalam room rate (+-RM183) tapi Abang kena bayar rm15 untuk breakfast. Angah dapat complimentary even dah 6 tahun sebab badan kecik. Makan tak banyak ๐Ÿ˜ 

Lepas tu sambung mandi pool. Naik bilik sambung mandi dalam bath tub pulak. Biaqlah depa nak berendam... 

W/pun sekadar bermalam di hotel anak2 nampaknya happy sangat. Itu yang priceless even tak bawa jalan cuti-cuti Malaysia pun tahun ni. Tahun depan kita pergi bercuti insha Allah.


4 comments:

  1. Seronok makan bawa bekal ni, masak je apa yang patut dengan selera anak2 dan keluarga lepas tu makan sama2. Jimat pun jimat jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis...Bab jimat tu memang jimat sangat2 :)

      Delete
  2. anak2 ni dapat jalan dekat2 pun dah seronok sangat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah...diorg bukan kisah pun dekat ke jauh. Yg penting dapat spend quality time sama2, buat activity yg diorg suka.

      Delete