25 December 2017.
Kira-kira jam 4.15 pagi telefon Umi berdering. Bila angkat, dengar cemas suara Yue, anak buah Umi buat panggilan dari kampung.
"Maksu...Tok taktau jadi apa... Sesak nafas, menggigil... Keluaq masuk bilik ayaq nak buang air tak boleh... Ni kami nak bawak pi hospital"
Umi bingkas bangun. Duduk sekejap. Tarik nafas. Kemudian perlahan-lahan Umi buka pintu bilik terus turun ke tingkat bawah. Ambik wudhuk dan solat sunat. Lepas berdoa baru Umi rasa lapang.
Terus Umi call paklong. Tak berangkat, lalu Umi texted him and pakcik.
Bila Umi dapat info terkini dari Yue, Umi rasa sedikit lega. Melalui gambar yang diterima, keaadaan Tok nampak stabil. Umi capai Yasin dan baca. (Tips : bila sampai ayat yg dihujungnya ada perkataan 'mubin', ulang 3 kali ayat ni sambil berdoa untuk kesembuhan & kemudahan orang yang sedang sakit).
Lepas subuh, Umi dimaklumkan keadaan terkini Tok. Kidney shutdown kata Ah, anak buah Umi yg bertugas di hospital selayang yang kebetulan balik bercuti di kampung. Bacaan HB Tok hanya 4. Too low. Options yang diberi samaada cuci darah (dialysis) atau tebuk perut untuk keluarkan cecair (kotor) yg terkumpul dalam badan. Hasil muafakat adik beradik, kami pilih option ke-2. Tak sanggup rasanya biarkan Tok buat dialysis memandangkan usia dan keuzurannya.
Terus Umi maklumkan kepada kaum keluarga dan saudara mara Tok di kampung tentang keaadaan Tok. Umi dan paklong pula on standby mode; if anything became worst kami akan pecut balik kampung. Alhamdulillah cucu-cucu, anak2 buah dan sepupu2 Tok semuanya datang berziarah. Sekurang-kurangnya lega sikit makngah yang keseorangan (disamping Yue & Ah) berhadapan saat genting ni. Pakcik time ni masih on the way dari Thailand.
Selepas menerima satu beg darah keaadaan Tok makin pulih. Hasil ujian & pemeriksaan susulan, Tok disahkan sihat. Masalah hanya berpunca dari kekurangan darah (anemia) dan air (dehydration) sebab Tok hilang selera makan juga mengalami sleep deprivation. Alhamdulillah syukur sangat2.
Menjelang petang, Tok dah boleh discharge. Banyak hikmah yang Umi nampak dari ujian ni... Apapun, semuanya sudah berakhir. At least for now.
Moga Tok terus sihat. Doakan ye :)
amin.. semoga diberi kesihatan yg baik.. kdg2 dlm situasi macm tu kita cemas & panik, relax kejp baru ok
ReplyDeleteThanks zie :)
ReplyDelete