Saturday, 30 December 2017

Rumah Makanan Pak Long


Lepas hantar Tok di rumah pakcik, kami teruskan perjalanan ke jitra. Baru pukul 11.30 awal lagi nak lunch pun. Lagipun Walid cakap nak makan bawal goreng panas kat Butterworth. 

Tapi itulah... Elok je masuk highway semua masing2 start lapar :( belum lepas terowong menora pakat kalut tanya Umi "mana nasi lemak bungkus tadi?"... Nasi lemak bungkus tu baki breakfast tadi. Adalah 3 bungkus... Suaplah anak2 burung berempat tu. Tinggal sebungkus untuk Walid sebab Walid cakap lapaq! Entah bila masa Walid makan pun Umi tak perasan, tau-tau je Walid hulur  Tupperware kosong kat Umi 😁 

Bila sampai di Butterworth anak2 semua tidur...terus lah ke depan sikit sampai Sg Dua sebab dah tau port makan kat situ. 
Perut dah berjoget dah, bukan takat keroncong lagi dah haha... Nampak je first kedai lepas trafik light tu terus ajak Walid singgah. Nama kedai ni ala2 kat seberangkan... Kita di sini panggil kedai makan @ restoran, tapi di 
Bandung panggeknya rumah makan ye buk 😉


That time dah pukul 2.30 lebih kurang tapi lauk pauk masih banyak. Ada juga Umi nampak ikan2 mentah untuk dibakar (ikan bakar petai).  Tak sure itu untuk lunch or dinner nanti. Umi dah tak tanya dah, terus senduk nasi 😊




Pilihan Umi simple je; telur ikan goreng dengan ulam daun putat. Bismillah terus makan. Kalau berpeluang makan nasi di Penang ni, pleaselah jangan lupa letak kuah kari. Tak kisahlah kari ayam ka ikan ka daging ka sebab sangat lah sedap. Rempahnya rasa lain...

Kedai ni baru je beroperasi bulan 10 hari tu. Patutlah sebelum ni tak pernah nampak. 


Parking memang luas. Surau pun ada. Nak makan mee udang pun boleh mai sini. Staff pun friendly... biasa lah orang Penang kan friendly :) 

Conclusionnya memang sedap makan kat sini. Harga sangat berpatutan. Bil kami hari tu cuma rm35 (4 pinggan nasi + lauk +sayur serta air 5 gelas).  Umi rasa murah sebab kalau kat KL ni harga tu kadang baru lepas untuk breakfast @ makan bihun sup Kedah

Next time boleh revisit this place. From PLUS hiway tu ambik exit sg dua. First kedai lepas trafik light menuju sg dua. Kedai sebelah kiri. Sila terjah 😉


2 comments:

  1. sekarang dah mahal la.... kalau tak percaya pergi repeat...dah tak dpt harga dulu..

    ReplyDelete
  2. service utk goreng2 lembab.
    order air pun xsampai2

    ReplyDelete