Saturday, 23 December 2017

Pertama kali ke SMAP Kajang



Ramai juga kawan2 uni Umi yang belajar di SMAP Kajang ni. Sekolah ni antara sekolah yang gah di Selangor selain KISAS. Dah lama Umi teringin nak tengok sekolah2 ni sebab sering disebut-sebut oleh kawan2.
  

Adalah rezeki Umi ke SMAP Kajang ni 2 minggu lepas. Pergi makan kenduri... Jadilah, dapat juga tengok sekolah ni. Umi siap pancing anak2 suruh belajar di sini. Ada rezeki depa siapa tahu kan? 


Selamat pengantin baru buat Abid & Adibah. Pengantin lelaki ni anak bekas jiran Walid time kecik2 dulu. Majlisnya simple je tapi sangat tertib dan touching :) touching bila abang pengantin lelaki sendiri yang bacakan DOA untuk mempelai. Abang sulong pula mewakili bonda depa bagi ucapan untuk tetamu dan mempelai. Pakcik Zainal, jiran Walid dulu meninggal awal tahun lepas. W/pun tanpa kehadirannya nampaklah anak2 arwah mampu menggalas tanggungjawab masing2. Rasa touching je tengok anak2 depa semua 'menjadi'. 


Time Umi Walid kahwin dulu depa semua kecik2 lagi. Ingat lagi arwah sekeluarga adalah tetamu terakhir majlis resepsi kami. Dah hampir pukul 10 baru depa sampai πŸ˜€ 

Elok je Umi bangun nak ambik makanan, nampak Datin Seri Dr Wan Azizah kat belakang Umi. Terus approached ajak bergambar πŸ˜†. Kajang kan kawasan k.wan... Humble and ceria je orangnya. Kipas tangan tu memang tak tinggal. Dah trademark beliau kan... 

Sebelum balik, singgah solat dulu dekat surau SMAP ni sambil ambik aura hehe... 

Moga beroleh mawaddah, rahmah dan sakinah dalam rumahtangga buat Abid dan pasangan. 


4 comments:

  1. Smap kajang......kawan2 akak yg pernah sekolah sini baiknya lahaiiii.....teringat kat diorang 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan akak... Member2 SMAP ni sopan santun je hehe...

      Delete
  2. Nama pengantin nya hampir sama, serasi betul ni.
    Ada Dewan boleh sewa utk kenduri kawen yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai orang cakap mcm tu Kak... Moga kekal jodoh depa aamiin

      Dewan sekolah Kak, besar juga. Boleh sewalah agaknya. Pernah juga pegi wedding kat dewan sekolah lain sblm ni

      Delete