Tuesday, 12 December 2017

Masuk jawi 😊



Alhamdulillah anak2 teruna Umi dah selamat masuk jawi aka bersunat. Dah lama tak guna frasa masuk jawi kan hehe... 

Kami pilih bersunat cara biasa w/pun time awal survey tu nak guna teknik clamp. Tapi bila Umi baca kat internet ada yang cakap kalau clamp kena 2x datang klinik; first utk sunat & second untuk buka clamp tu. Ada yg cakap nanti 2x sakit. As a doting mother Umi ni kalau boleh biaq anak2 Umi rasa sakit tahap minima je time sunat tu. Lagi bagus kalau tak sakit langsung. But impossible la kan πŸ˜‰


Depa bersunat di sebuah klinik di taman melawati. Nanti Umi share pasal klinik ni,  highly recommended. Mula2 tu nurse bagi minum ubat tahan sakit. Then timbang berat badan. Lepas tu tukar seluar, pakai kain pelikat. Then doc bius. Time bius ni sakit sikit katanya. Patutlah Abang terjerit -jerit 😁 Angah pula OK tapi muntah lepas bius. He was scared I guess but he kept to himself.  Dari air muka dia Umi boleh faham. Kalau ada anything mengganggu dia akan diam je. Faham sangat dah feel dia. 

Then doc panggil untuk sunat. Angah was the first. Dari bius sampai setel proses bersunat tu tak bunyi langsung suaranya. Bila dia keluar tu dia diam je. Tak nangis tapi macam terkejut. Then dia cakap "Angah taknak sunat dah" hahaha... OK nak, kita sunat sekali je :D 



As for Abang, it was a different story altogether. Time nak sunat tu dia nervous sangat so doc terpaksa cancel. However for the 2nd attempt the following week tu dia rilek je. Umi umpan dengan hand phone. So time sunat tu dia leka dgn phone je. Doc pulak bagi lollipop diamlah dia. Sebijuk macam cerita Upin & Ipin tu 😁. Setiap malam pun Umi buat solat hajat bagi mudah urusan bersunat dia dan hilang gemuruh dia tu.  

Mula tu Umi frust juga sebab fikirkan biar setel sunat dua2 orang ni serentak. Senang umi nak jaga. But ada hikmahnya. Actually lagi senang fokus pada seorang je dari jaga depa serentak. Kita pun takde experience kan. At least bila dah jaga Angah tu, adalah experience untuk jaga Abang pula. 

Angah mudah & lancar time sunat tapi post-sunat agak fragile and manja. Mandi kena Umi mandikan, makan pun nak bersuap. Abang pula struggle time nak sunat, after sunat mudah sangat. Darah tak banyak so luka cepat baik. 3rd day dah pakai seluar. 

Bab makan Umi ikut pantang macam orang bersalinlah. Seafood, ayam, telur tu avoid dulu takut gatal. Minum air suam dan Milo. Susu Umi guna susu kotak sebab susu pekat takut bernanah. Ikutkan doc mandi/istinjak macam biasa je tapi depa ni seriau so tutup jugaklah dekat luka tu bila mandi/buang air. Nak cuci luka tu guna air suam, kapas and iodin. Makan ubat yg doc bagi ikut schedule. Insha Allah OK semuanya. 

Nak bagi depa happy Umi bagilah goodie bag sorang satu sebagai hadiah, termasuk anak2 dara Umi sekali. Semua dapat biaq pakat happy semua.



Umi letak buku, jam, duit, toy & sweet dalam goodie bag tu. 

Jam Walid beli kat lazada; buy 2 free 1.
Dapatlah sorang satu :). 

Hadiah murah2 je tapi senyuman depa time dapat hadiah tu yang mahai 😍

Tahniah Abang & Angah!

5 comments:

  1. selamat dah anak bujang tu, selamat berpantang along angah..haha tu anak bujang sy tu tggu masa nak potong..bahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setel dua2 orang hehe...

      Habislah azeq hahaha...

      Delete
  2. Alhamdulillah mesti lega byk kan parents. Anak-anak bujang sy belum sunat lg.. Huhu


    Jemput singgah baca artikel terbaru saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah lega rasanya hehe... Selagi tak buat rasa risau je...

      Tq singgah sini. Nanti sy buat kunjungan balas ye sis :)

      Delete
  3. So cute hee..hee... One big job done!

    ReplyDelete