Monday, 18 December 2017

Klinik d Melawati best!


Assalamualaikum...
Lama tak bersiaran ๐Ÿ˜ 
Umi busy lately dengan balik kampung, bercuti, uruskan persiapan sekolah anak2... Ada juga kerja2 repair & maintenance nak dibuat di rumah ni. Macam-macam agenda menanti. Sedar tak sedar cuti sekolah pun dah tak banyak berbaki... 



Inilah Klinik d Melawati yang Umi cakap best tu. Owner klinik ni Dr Hakim. First time jumpa Umi terus suka dengan doc ni; baik, attentive, pandai ambik hati budak2... Gaya pula ala2 ustaz. Sampai Umi 2-3 kali tersyasyul panggil ustaz ๐Ÿ˜† Kalau bab khatan ni Dr Hakim ni boleh dikategorikan sebagai pakar. Manakan tidak, beliau pernah chair committee untuk develop SOP pasal khatan ni. Expert lah tu kan... Beliau juga banyak terlibat dgn khatan amal untuk anak2 asnaf serta anak2 Rohingya. Ini yang Umi taulah... 


Caj berkhatan rm158 kalau tak silap Umi. Caj ni termasuk ubat. Anak2 Umi dapat special price rm128 each sebab warga SRAI. Anak2 doc pun ada yang bersekolah di SRAI so doc bagi special price untuk warga SRAI. Pergi dressing/follow up pun doc tak caj. Alhamdulillah. 

Better call dulu untuk datang. Boleh confirm kan waktu operasi sebab cuti sekolah ni Klinik buka pukul 10 for Sundays. 

Lokasinya di kawasan Apartment Gaya, belakang Malaysian institute of Art (MIA). Sebaris juga dengan Hero Supermarket Melawati tu. Kiri kanan klinik diapit dengan Am Bistro (kedai mamak) dan kedai Nasi Kak Wok. Kalau nak ke Melawati Mall pun dah dekat sangat haha...

Klinik sangat selesa. Ada play area untuk kids. Very conducive. Umi hari tu letak je Adik biar main dengan kakak dalam tu sementara Umi tengok kan Angah time lepas sunat tu. 







Staff and service bagi Umi excellent. Nurses friendly and helpful. Facilities termasuk surau juga disediakan. Jarangkan klinik yang ada surau so thumbs up untuk klinik ni. 

Eh, klinik bukan untuk berkhatan je ye ๐Ÿ˜‰ nak jumpa doc untuk sebarang sakit silakan. 

5 comments:

  1. Wow, advance tu, siap ada surau..kalau dekat mau tiap Kali Tak sihat singgah sini ni, nasibla jauh hehe.
    Special warga SRAI yea,dpt less lagi..bagus3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg best tu Kak...selesa sangat

      Alhamdulillah rezeki anak2 hehe

      Delete
  2. nampak bersih,cantik dan kemas kliniknya, kalau dekat boleh bawa anak2 bersunat disini jugak nanti.

    ye lah cuti sekolah tak lama dah nak habis cuti sekolah kan sekejap waktu berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh le pulak ye sis...

      Aah rasa cepat sungguh masa berlalu kan

      Delete
  3. So convenient it can be done at the clinic instead of having to go to the hospital.

    ReplyDelete