Bagus bekas rakan sekerja Ummi dulu, Kak Syikin ni. Dia rajin post reminder Puasa Ayyamul Bidh (Puasa Hari² Putih). Secara tak langsung, kita pun teringat dan bolehlah beramal juga sekiranya mampu.
Harap mood ni berkekalanlah hendaknya. Duit RM10 Walid beli wrap dekat MyNews hari² tu baik bagi Ummi :p
Bila letak semua dalam satu pinggan, ala² ambil makanan buffet dekat hotel tu terkawal sikit portion makannya.
Untuk dinner, Ummi masak Sup Ayam Pencen resepi Kak Amie. Minyak tu dari ayam, bukan minyak tumis sebab sup ni takde tumis². Terasa segar bila makan sup ni.
Untuk Adik, Ummi gorengkan enoki celup tepung bestari. Ayam pencen tu dia tak nak makan, pelik kot isi ayam tu hitam² sikit bila direbus dan rasanya tak seempuk ayam biasa.
Pagi makan biskut, tengahari makan buah Fateh belanja katanya. Ni dah pukul 5 petang baru makan nasi. Sayur semua dah habis, lauk pun hujung² dah. Kena adjust masa bagi kemas sikit supaya ada waktu nak makan properly and healthily.
Lepas Asar, dapat berita pemergian Tok Cik Ya di kampung. Tok Cik Ya ni jiran/saudara/kawan baik arwah Tok dan Tok Wan. Banyak kenangan manis Ummi dengan Tok Cik Ya ni pun. Ummi membesar melihat keakraban arwah dengan Tok. Sama² ke bukit mencari hasil hutan; pucuk cemperai, kayu api, mengutip kulat sisir atau pun mencari buah kelubi. Sebelum adanya bekalan air paip, kami sama² mandi, membasuh pakaian dan pinggan mangkuk di telaga Tok Nik (bonda Tok Cik Ya). Telaga ni juga menjadi sumber air bersih kami waktu tu. Tok Cik Ya ni sangat pembersih orangnya. Setiap kali membasuh periuk, dia akan gosok periuknya hingga berkilat. Ummi selalu kagum tengok periuk yang hitam diselaputi jelaga hitam (sebab masak guna dapur kayu waktu tu) tiba² berubah menjadi putih semula. Kitakan budak masa tu, rasa macam magik pulak ๐
Alhamdulillah kenangan Ummi dengan arwah semuanya manis² belaka. Orangnya baik, murah dengan senyuman. Ummi sempat jumpa Tok Cik Ya raya ketiga tempohari. Alhamdulillah dapatlah peluk cium arwah masa tu.
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT ๐คฒ๐ป
Salam takziah atas pemergian Tok Cik Ya. moga arwah tenang di sana..aamiin
ReplyDeleteAamin tq MZ
Deleteุฅَّูุง ِِููู ูุฅَّูุง ุฅَِْููู ุฑَุงุฌِุนُْูู
ReplyDeleteุงََُّูููู َّ ุงุบِْูุฑْ َُูู َูุงุฑْุญَู ُْู َูุนَุงِِูู َูุงุนُْู
Semoga tenang arwah Tok Cik Ya di sana.
Aamin tq sis
Deletesup ayam pencen mmg sedapppp part isi sy suka sbb terasa 'tebal' dan kenyal... yg penting jgn liat je
ReplyDeleteBetul, betul isi dia tu lain dari ayam daging kan.
DeleteSalam takziah
ReplyDeleteTerima kasih Cik Nur.
DeleteTerliur nampak sup ayam.pencen...
ReplyDeleteAl Fatihaj untuk arwah Tok Chik Ya
Dapat hirup kuah dia tu yg sedap tu Mak Cella
DeleteAgreed sis. Better bg kita duit RM10 then we prepare for them =D
ReplyDeleteKan. ... Boleh juga buat beli sikmak utk diri sendiri haha
DeleteAl-fatihah buat arwah tok cik Ya...
ReplyDeleteRM10 tu bagi dekat Ummi, kira macam bayar duit bekal tu lah.. hihihi.. tang basuh bontot kuali, periuk tu.. suami linda..jadi, periuk, kuali dekat rumah linda semuanya putih bersih, tak berkerak. linda yang dari family tak sental periuk, kuali..lepas kawin, kena sental la..sebab husband jenis gitu..tapi, seronok pula tengok bontot periuk kuali takde kerak.. hihihi
Best kan periuk belanga berkilat ni. Tapi itulah, tak berapa rajin Akk ni nak sental periuk ๐ซฃ
DeleteWahhh.. dah siap menu ayam pencennya.
ReplyDeleteDaging ayam pencen agak kenyal kan walaupun kita rebus lama.
Betul Kak, dia tak lembut macam ayam daging.
DeleteSup ayam pencen ni saya suka hirup kuahnya. Segeerrrr kata wong Jowo.
ReplyDeleteTerima kasih resepinya Kak Amie ๐
Delete