Friday, 26 June 2026

Catatan 10 Muharram 1448H I Demam 🤒🤧

Sama ada berjangkit dengan Walid yang dah mula demam dan selsema sejak Rabu lepas atau pun kena hujan masa ambil Adik sekolah Khamis semalam. Tekak perit, hidung tersumbat dan badan panas. Jarang nak demam tapi sekali demam tu teruk juga. 

Abang belanja gambar Laut China Selatan.

Menjelang berbuka, Cik Ana hantar bihun sebekas. Alhamdulillah dapat juga telan sesuap dua. 


Adik bawa balik Bubur Asyura dari sekolah. Setiap tahun sekolah buat program kacau bubur Asyura ni. Sementara cikgu² mengacau bubur Asyura, murid² dengar ceramah. Kali ni Ustaz Anep, mantan guru SRAI bagi ceramah. 

Malam Abang attended konsert Inteam. 
Habis konsert pukul 11, baru nak solat Isyak. Bab ni dia macam kena culture shock sikit sebab di SMKA dulu apa² program pun kena solat dulu. Belajar sesuaikan diri dan urus masa sebaiknya ye Abang 🤗

8 comments:

  1. Alahai belum ada rezeki lagi dapat bubur Asyura.
    Wah kelas Abang kolej jemput Inteam buat konsert.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada rezeki, adalah nanti tu NA. Sy ni dapat tapi selera pula takde :(

      Delete
  2. smoga cpt sihat..dpt bubur asyura best tu

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh, PH. Alhamdulillah, rezeki, dapat bubur asyura dan bihun goreng. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin tq Nur.
      Alhamdulillah rezeki, cuma kita yg takde selera :(

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Taman Cie pun semalam ada buat.

    ReplyDelete