Sunday, 28 June 2026

Abang Apa Khabar?

Dah seminggu buah hati Ummi di perantauan. Hari² Abang hantar report aktiviti dia di sana...

Lunch hari pertama. 
Lewat dah makan pun... 
Anak panah atas bawah tu Ummi tak tanya pulak untuk apa. Fokus tengok Abang makan lauk apa. Mak² kan, bab makan anak² ni memang concern 😌

Murah makanan dekat sana. 
Telioq Ummi pun tengok nasi goreng ni πŸ˜‹

Kena bangun sendiri, takde siapa nak kejut macam duduk asrama sekolah menengah dulu. Hari ni Ummi buat wake up call, risau terbabas tidurnya. 

Berasap kepala tu 🫣

Study dekat masjid sementara tunggu azan Isyak. 
Air dalam botol tu cepat je habis sebab Abang kuat minum air, plus kena berjalan jauh dari asrama ke bilik kuliah atau pun nak ke masjid, cafe dsbnya. Memang dahagalah. Malam² masak air siap² dalam kettle yang dibawa tu, transfer dalam bekas air lain dulu. Botol air ni beli di sana. Ikut dia nak isi air dalam botol air mineral je. Agak² la Abang ooi πŸ™ƒ

Cantik karpet masjid 🩡

Sarapan...
Bihun goreng telur mata RM5

Ni makan ayam gepuk di bandar. Keluar tengok tempat orang sambil JJCM.

Alhamdulillah so far okay je Abang. Adalah homesick sikit awal² hari tu. Dah lama kan duduk rumah, now kena restart balik routine ke kelas pagi², berat sikitlah awal² ni. In Sha Allah berkat DOA semua Abang kuat dan segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. 




8 comments:

  1. Zaman skrg ada whatsapp senang mak2 nak pantau anak2 yg duduk di perantauan πŸ˜… zaman kita dulu mungkin sebulan sekali baru dapat call bertanya khabar dengan parents di kampung kan. Alhamdulillah skrg teknologi makin canggih bila2 masa boleh VC dan call.

    Wah murah harga makanan kat sana kan. Kat belah Pantai Timur jarang2 jumpa kedai yg tak sedap. Rata2 mmg sedap dan murah.

    ReplyDelete
  2. ok juga byk di update...tisya dlu byk update kt ayah dr mamanya...sbr je la...smoga abg dpt sesuaikan diri tmpt baru

    ReplyDelete
  3. saya pulak yg curious anak panah tu nak cakap apa sebenarnya xD
    insyaAllah lambat laun mesti abang dpt sesuaikan diri

    ReplyDelete
  4. Abang baik² jer tu, tapi Ialah, jiwa mak ni tetap rasa sayu bila anak jauh di perantauan. Abang pandai bawa diri, campak ke mana pun tetap tabah ya, abang.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, seronok tengok Abang rajin hantar report kat Ummi. Sejuk perut ibu mengandung. Mula-mula ni memanglah ada rasa homesick sikit, lama-lama nanti dah jumpa kawan mesti dah tak menang tangan nak melayan aktiviti kat sana. Moga Abang terus kuat dan dipermudahkan segala urusan belajar!bab makan sedap tu x bleh tahan tu....kalau aunty lupakan aje la hasrat nak kurus..sana makan memang murahhhhhh

    ReplyDelete
  6. alhamdullilah murah makanannya, terharunya dengan peniaga yg meniaga untuk membantu pelajar.

    ReplyDelete
  7. abg dah kenal warung mekfly aka kedai lalat belum?hihihi
    dulu situ la tempat kami makan nasi goreng RM3 dgn portion banyak,makan separuh simpan utk malam pula..maklum la student
    Umi jangan risau InsyaAllah abg ok..situ kan negeri paling bahagia

    ReplyDelete
  8. tempat kyra pun jauh2 semuanya. nak ke cafe, surau, kuliah. Tu yang jadi solat dalam bilik je sebab jauh sangat katanya...

    ReplyDelete