Perjalanan kami teruskan... Dari Ipoh, Batu Gajah dan Gopeng akhirnya kami sampai ke tempat yang hendak dituju.
Itulah tujuannya kami ke mari, nak tengok apa yang ada :)
Jauh ke dalam juga tempat ni sampaikan Kakak dah risau dan takut haha... Kita nak pergi dekat gunung tu ke Ummi? Iye, memang pun :D Masa ni belum jumpa kampung jadi jalan agak sunyi.
Simpan sini gambarnya tanda hadir :)
Tempat ni dibuka jam 2.00 - 5.00 ptg. Kami sampai around 1.50 pm, lepas daftar guard suruh masuk ke dalam. Nanti staff akan datang entertain kami. Masuk percuma ye.
Kediaman staff Perhilitan ni nampak baru dan selesa. Menurut staff bertugas, pusat konservasi ni hanya mula dibuka untuk lawatan lepas PKP dulu. Sebelum tu tak dibuka untuk orang awam. Mungkin ramai lagi yang belum tahu wujudnya pusat konservasi ni. Waktu kami pergi tu pun tak ada pengunjung lain.
Haiwan² yang ada dalam pusat konservasi ni. Sebenarnya ada juga harimau tapi diasingkan di hujung kampung dan tak dibuka untuk orang awam. Menurut staff bertugas tu, ada 14 ekor semuanya.
Excited bila masuk ke dalam nampak rusa tengah berkubang. Sepanjang pemerhatian kami, haiwan² di sini ditempatkan dalam kawasan yang besar, walaupun berpagar. Memandangkan ianya pusat konservasi, haiwan² dibiarkan bebas umpama berada dalam natural habitat mereka kecuali beberapa species yang dikurung.
Sementara tunggu staff bertugas datang, kami hanya melepak di depan pejabat. Cuak juga sebab tak nampak kelibat sesiapa di tengah hutan ni 😅
Bila staff bertugas datang, barulah dibuka galeri ni. Ada pelbagai species haiwan yang diawetkan untuk kajian/simpanan pihak Perhilitan.
Kemudian kami dibawa menuju ke kandang anak² rusa. Ada sepasang anak rusa (Wak, jantan 5 thn) dan Betty (betina, 4 thn). Dua² ni jinak dan manja...
Adik Kakak memang suka haiwan. Siap bagi rusa makan pucuk² kayu tepi pagar ni. Staff situ yang bagi kebenaran untuk pegang dan bagi makan. Rasanya 2 ekor anak rusa sengaja ditempatkan di sini untuk bermesra dengan para pengunjung sebab yang lain² tu semua dalam pagar besar, bebas berkeliaran.
Sebelah kandang anak rusa ni, ada kandang kancil dan musang tanah. Musang tanah ni masuk perangkap di sempadan negara,
diserahkan kpd Perhilitan sebab ianya species terancam. Kesian, takde kawan seekor dia je.
Banyak rupanya species burung² liar ni. Merak dan punai Ummi kenal, selebihnya tak pernah dengar namanya.
Burung² ni dikurung untuk dibiakkan.
Bilik Penetasan. Kami tak dibawa ke sini, hanya tengok dari jauh tempatnya. Kawasan tenggiling pun kami tak dibawa melawat.
Kemudian kami ke kawasan seladang. Ingatkan depa nak bawa naik Hilux Perhilitan haha... Rupanya kena masuk sendiri ke sana, dengan kenderaan sendiri. Staff pun tak ikut, cuma berpesan jangan buka cermin kereta, takut ungka datang kacau.
Scary juga ye... Hutan kiri kanan tebal sebab ni kan kawasan hutan simpan. Hanya kami anak beranak je kat sini, staff tu pun dah start motor hala ke main entrance sana. Cuak jugalah 😅
Tajam pandangan dia, ghisau!
Berpusinglah kami di sini hingga ke hujung jalan.
Ada dalam 7-8 ekor x silap seladang yang kami nampak. Semuanya bebas berkeliaran dalam pagar ni. Ada kawasan paya juga, mungkin tempat seladang berendam/minum. Kawasan ni dikelilingi hutan, mungkin nak wujudkan suasana habitat semulajadi untuk haiwan² di sini, termasuk kawanan seladang ni.
Alhamdulillah satu pengalaman yang baru dan sangat menarik untuk kami sekeluarga. Seronok dapat discover tempat² sebegini. Sedikit sebanyak dapat tambah pengetahuan dan pupuk kesedaran kpd anak⁴ tentang kepentingan menjaga khazanah negara termasuk haiwan dan tumbuhan.
Anak2 saya pun suka pegi tempat2 mcm ni sebab ada binatang. Seladang tu mesti besar saiznya kan.
ReplyDeleteYes, budak² mesti suka.
DeleteRasanya besar sikit dari kerbau, tapi seladang body-nya tegap
Wahhh unique experience ni🤩
ReplyDeleteYes, it's madam. An eye opener for us 😁
DeleteWah.. Boleh melawat yaa..? Yang tau ada pusat konservasi je, tapi tak tau awam boleh masuk ke tak
ReplyDeleteBoleh Linda. Nak² tahun ni Tahun Melawat Perak kata staff bertugas tu, memang dibuka untuk orang awam. Tapi buka petang ye, jgn datang pagi.
DeleteTak sangka Sungkai ada tempat macam ni. Kita tahu nasi bamboo tu jer, adoilah.
ReplyDeleteNasi bamboo tepi jalan, ini tepi hutan ramai tak perasan :D
DeleteNieyl pernah sampai sekali je sungkai ni pergi kolam air panas..itupun dah lamaaa...
ReplyDeleteYe hot springs Sungkai ni popular 👍
DeleteSA x tau dan x pernah baca kat mana- mana pasal pusat konservasi ni...patut di beri promosi besar besaran ni...kan?
ReplyDeletePH search beforehand tmpt² menarik di Sungkai, keluar pusat konservasi ni. Itu yg tak lepaskan peluang pergi tu...
Deletekalau boleh tengok harimau tu mesti lagi teruja,kalau di Pahang ada pusat konservasi gajah...
ReplyDeleteTanya juga staff situ tapi katanya mmg tak boleh :)
DeleteYg Pahang tu dekat Kuala Gandah kan? Belum sampai lagi...
Pernah nampak signboad pusat ni tapi tak pernah masuk. Yang kena drive sendiri tu memang nampak scary jugalah kan bila takde kenderaan lain.
ReplyDeletePernah pergi Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah je. Itu specifically untuk gajah.
Kat Sungkai banyak haiwan yang dipulihara. Menarik ni untuk dikunjungi.
Dlm 10km dari main road tu Kak... Menariklah... Sy pun 1st time tengok seladang depan mata ni :)
DeleteMasa buat kem zaman sekolah, pernah menginap kat kawasan macam ni jugak. Versi kecil. Tapi macam terbengkalai tempat tu. Bagus lah ada lagi pusat macam ni. Menarik.
ReplyDeleteMenarik ni PH. Tempat yang saya suka.
ReplyDeleteMasa baca tajuk, dah terfikir…tempat ni kan tak dibuka untuk lawatan. Sebab dulu-dulu saya pernah cari info, teringin nak pergi. Rupa-rupanya lepas PKP dah terima pelawat.
Teringiiiin sangat ke tempat penangkaran hewan seperti ini. Tp kalo macam foreigners , datang kesini mesti sewa mobil kah ? Tak ada opentrip kesana yaaa. Agak susah memang kalo harus sewa mobil.
ReplyDeleteSediiih baca penjelasan yg harimau kena trap, 😭. Bab hewan disakiti, memang saya sedih sangat kalo tahu.
Seladang tu tengah posing…yelah ada tetamu kan
ReplyDelete