Friday, 20 September 2024

Makan Durian di Gopeng

Dari Batu Gajah kami melewati Gopeng. Nampak gerai buah²-an di kiri kanan jalan, ajak Walid berhenti. Tak tahan tengok durian dan petai melambai² :D 

Ada yang sekilo RM10, ada yang RM12. Ummi minta adik jual tu pilih sebiji yang elok². Yang meniaga ni ada sorang Pakcik dgn anaknya. Biasa kalau beli dekat pakcik² ni depa memang jujur. Nampak pulak kita orang luar, ada budak² lagi memang depa pilih yang elok² untuk kita. Setakat ni experience Ummi macam tu la, alhamdulillah puashati. 

Muka puashati dapat makan durian. Walaupun sebiji je Ummi beli tapi isi banyak. Ummi makan 3 ulas, Angah pula sampai 5 ulas dia makan 😁 Adik tak makan, dia duduk meja sebelah lepas Ummi snapped gambar ni. Pening katanya bau durian tu. 

Ummi beli juga petai, petai padi kata Pakcik tu. Patutlah matanya (isi) kecik². Ambil juga rambutan gading seikat, buat makan dalam kereta. Manis dan lekang (lokah) isi rambutan gading tu, sedap. 

Dah kenyang makan durian, jom teruskan perjalanan... 



7 comments:

  1. saya suka rambutan gading, tapi suami suka rambutan budak sekolah.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Masih ada lagi ke durian? Ingatkan dah habis musimnya. Mesti berselera tu makan.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya durian..SA X berapa makan rambutan..sebab senang dapat batuk..

    ReplyDelete
  5. Sana ada lagi ya musim duriannya.

    ReplyDelete
  6. sedapnya durian..kdg2 teringin gak hahah esp bila tgk org jual kat tepi jln

    ReplyDelete