Sabtu - Isnin kami ke Perak; makan kenduri dan jalan². Cerita Perak ni tak habis lagi, sambung nanti. Banyak episod lagi 😁
Selasa Angah start kelas intensif hafazan di Masjid Al Khairiyyah. Ikutkan Isnin dah mula, tapi Ummi bagitau Ustazah utk start Selasa sebab kami masih di luar kawasan.
Kelmarin ada seorang jemaah tanya Angah buat apa kat masjid? Sekolah mana semua... Angah bgtau ada kelas hafazan. Pakcik tu sedekah RM50, suruh Angah kongsi dgn kawan² lain. Duit tu Angah serah kpd Ustazah dan Ustazah belikan nasi lemak ayam untuk depa semua. Semoga bertambah luas rezeki Pakcik tu, sihat selalu hendaknya 🤲
Semalam pergi main futsal dengan kawan² SRAI dia. Adalah 7-8 orang yang datang :)
Abang Selasa juga rasanya mengadap Tr Aisyah :D Ummi suruh di go through soalan PPT hari tu dengan Tr, biar dia nampak mana salahnya.
Semalam Mak Afiq arranged small tuition class subject Bio untuk Afiq. Ajak sekali Abang & Aufa. Terima kasih banyak Mama Afiq🌹
Walaupun Ummi tak regi depa untuk mana² seminar tapi ada jugalah pengisian untuk depa dua khususnya. Most of the time, masa yang ada tu depa siapkan homework yang berlambak² ye, dan tahriri (salin ayat Al Quran sebelum/selepas hafal). Main hand phone ada masa dan tempoh Ummi bagi sebab kalau dibiar satu kerja pun tak jadi nanti. Esok nak balik asrama baru kalut, itu ini tak siap 😬
Adik Kakak pula siapkan homework dan tugasan cikgu bagi. Tuition UPKK Kakak takde minggu cuti sekolah ni.
Betul .. kalau dibiarkan main telefon ..memang ralit laa diorang
ReplyDeleteKesian budak2 sekarang.
ReplyDeleteTak sempat main sungai.
Cuti sekolah pun macam tak cuti
Hujung minggu je lah kalau dapat riadah ni.
ReplyDeleteBagus cuti sekolah Banyak aktiviti Kan PH...esok last dh cuti...Isnin sekolah seperti biasa
ReplyDeleteDulu2 ingat lagi, asal cuti sekolah je, arwah ayah hantar balik kampung duduk dgn tok tokki.
ReplyDeleteAlhamdulillah walaupun cuti sekolah tapi tetap diisi dengan aktiviti ilmiah. Bagus anak2 PH 👍🏻
ReplyDeletePenuh aktiviti ya cuti sekolah.
ReplyDeletekadang kesian kan dengan anak2,cuti sekolah pun macam tak cuti..tapi lagi kesian kalau asyik tengok phone je..Pia pun sama cikgu dah bagi pakej percutian,kelas dengan homework yang bertimbun
ReplyDeletebagus betul these kinds of aktiviti. sgt2 bermanfaat! cuma bz laaa anak2
ReplyDelete