Saturday 14 September 2024

Penutup Bulan Kemerdekaan


Semalam berlangsung majlis penutup Bulan Kemerdekaan di SRAI. Adik pakai baju bertema Merdeka, manakala Kakak pakai baju PJ je.  Dah besar ni dia tak minat nak pakai baju² bertema ni, kecuali geng dia pakai sama. Tahun ni takde pertandingan baju Merdeka, sekadar dipakai untuk memeriahkan majlis. 

Selain tu ada beberapa acara dipertandingkan untuk memeriahkan sambutan. Antaranya pertandingan Basikal Berhias. 

First time rasanya ada pertandingan begini 👍 Basikal hias siap² di rumah, semalam bawa ke sekolah. 

Pertandingan Membina Replika KLCC Menggunakan Bahan Terbuang. Kakak nak masuk pertandingan ni tapi dah penuh. Pertandingan secara berkumpulan, ikut rumah sukan masing². Kagum Ummi tengok hasil kreativiti anak² ni 👍 

Ada juga pertandingan hias koridor, juga ikut rumah sukan. Penglibatan Kakak, tolong cikgu hias koridor rumah biru :) Adik pun tak masuk apa² pertandingan kali ni . 

Guru² lelaki sporting berkain pelikat dan berbaju Melayu semasa pelancaran bulan kemerdekaan bulan lepas. Cikgu² perempuan pula berkain batik dan berbaju kurung. Cantik pulak tema begini. 

Simpan sini untuk kenangan, walaupun takde penglibatan anak² Ummi kali ni :) 

3 comments:

  1. Banyak betul aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Kreatif dan rajin mereka yang sertai.

    ReplyDelete
  2. Anak2 Cie tak pernah masuk pertandingan busana merdeka. Dorg taknak. Pernah masuk pertandingan hias basikal & replika merdeka je. Alhamdulillah 2 beradik menang tempat pertama. Sekali tu jela usatzah KAFA buat pertandingan.

    ReplyDelete
  3. Sekolah anak² akak dulu pernah buat pertandingan hias basikal. Tapi anak² takdelah join sebab takde pun naik basikal ke sekolah. Anak² yang naik basikal seronoklah bila memperagakan basikal mereka.

    ReplyDelete