Cik Leha bagi buah rambutan gading ni. Manis buahnya cuma rambutan jenis ni tak berapa lekang isinya berbanding rambutan merah tu. Apapun syukur atas rezeki. Tahun ni tak nampak rancak sangat orang jual rambutan. Manggis banyak. Cempedak dan durian pun boleh kata banyak juga Ummi nampak orang jual.
Durian di Pahang tengah musim ye? Ada peniaga ni Ummi tanya, katanya durian dari Pahang. Yang durian Batu Kurau dah habis musim rasanya. Tanya juga Walid yang outstation di Johor 2 minggu lepas, Johor ada durian tak? Dah habis musim kot katanya sebab dekat tempat kerjanya tu dah buat sesi makan² durian. Ummi saja pancing, kot la Walid nak belanja π
Tadi nampak orang jual langsat, ada rezeki esok boleh singgah beli. Teringat zaman kecik dulu; rambutan, durian, manggis, langsat, cempedak biasanya berbuah pada masa yang sama. Bila tiba musim buah² ni, wajib balik kampung, macam hari raya juga. Selagi tak balik, selagi tu arwah Tok, Tok Wan dok tanya :D
Ye kat Pahang musim durian sekarang ni. Dah nak hujung2 rasanya. Harga pun dah dapat ringgit2 je durian kampung.
ReplyDeleteSaya tak tau namanya pisang lemak manis π. Tapi saya suka pisang ni, comel dan sedap.
ReplyDeleteMakan sikit-sikit. Buah-buahan tempatan manis. π
ReplyDeleteKalo rambutan yg saya suka hanya rambutan kaleng. Krn dah dibuang bijinya π. Kalo rambutan segar, memang tak makan π€
ReplyDeleteRambutan gading sy makan hari tu pun tak longkah. Tapi kadang yg jenis longkah tu sampai terkopek kulit biji sekali. Sedap pulak tengok banyak buah kat sini pagi ni, hihi.
ReplyDeletesedapnya buah2an tempatan!! MZ tak sempat mkn rambutan kat kampung sbb tak de masa nak balik kg ni..plan jugak nak balik kg lps setel berholiday nanti
ReplyDeletePuas betul makan buah kali ini. Semua dapat.
ReplyDeletebuah rambutan aritu ada MIL bw blk dr kampung tp tk mkn sbb tgh gatal tekak
ReplyDeleteOh pisang tu namanya lemak mani ye. saya selalu panggil pisang montel.
ReplyDeletePisang lemak manis tu fav SA..yg lain SA x leh makan sangat sebab cepat dapat batuk
ReplyDeleteAgaknya berapa banyaklah Fawwaz bawa rambutan dan manggis tu ke sekolah.
ReplyDeleteTengok rambutan tu, teringat pokok rambutan di kampung . Tahun ni tak lebat sangat berbuah ..
ReplyDelete