Lama simpan dalam peti Zucchini Kuning beli di Cameron Highland hari tu... Semalam baru masak...
Saiznya lebih kurang sebesar timun masak. Isi dalamnya seakan-akan buah labu air, kundur dan sewaktu dengannya. Pertama kali nak cuba makan jadi Ummi ikut saranan penjual untuk masak tumis air atau kami sebut sayur air.
Ummi tumis bawang merah dan bawang putih serta ikan bilis. Bila dah layu, Ummi tambah 2 cawan air, kiub ikan bilis 1/4, gula dan garam secukupnya. Bila kuah mendidih baru Ummi masukkan hirisan zucchini kuning ni dan reneh hingga agak lembut. Masukkan pula segenggam suhun yang telah dilembutkan (rendam seketika). Kacau manja, rasa sekali lagi dan boleh tutup api.
Ummi suka sayur masak sebegini tapi Walid kurang gemar. Kakak dan Adik ambil 'bihun' dan kuah saja. Suhun tu depa ingat bihun :D
Regu dengan ayam sambal baru ngam, pedas vs bersup-sup sikit. Taklah pedas sangat. Ayam Masak Lemak dengan Pajeri Rebung tu belen lauk semalam.
Bila makan zucchini kuning ni Ummi terus teringat kenangan di tanah suci. Rasanya sayur ni la (atau jenis timun juga) yang kami makan hampir setiap hari di hotel. Walaupun mula tu sedikit pelik sebab Ummi tak pernah makan timun yang dimasak (kecuali acar) tapi lama kelamaan rasa sedap pulak sayur tu. Sekali sekala teringat juga sayur tu cuma tak tahu apa namanya, tak bolehlah nak cari. At least zucchini kuning ni mengubat kerinduan ☺️ Musim haji pun dah dekat, lagilah rindu dengan tanah suci.
Sebut pasal tanah suci ni, ada yang dapat jemputan haji tahun ni?
Macam tak pernah makan lagi sayur ni
ReplyDeleteMungkin hanya ada CH kot Wak, sy pun pertama kali jumpa :D
DeleteNampak sedap, bole try juga nu. Comel anak² ambil suhun ja. Rindu juga tanah suci..
ReplyDeleteSila...Sila :)
Deletedulu MA grilled je zuchini ni...buat mcm salad...grilled vege
ReplyDeleteI see... Kulit buang ke tidak MA? Ada separuh lagi, boleh grill pulak
DeletePenyanyi Norul Depp tu sagat zucchini ni jadi macam pasta and makan tu je..SA x tau rasanya tapi orang putih memang suka la..SA nak cuba la nanti...nak buat macam PH masak ni...
ReplyDeleteOh ye ke... Mungkin sedap juga makan raw macam tu ..
DeleteBoleh letak udang sekali SA, penjual tu bgtau. Cuma PH takde stok udang that day
Deleterasanya macam mana PH?macam labu air ke?
ReplyDeleteLebih kurang gitu la sis...
Deletealamak first time tengok dan dgr zuchini ni. igtkn mcm peria hijau tu
ReplyDeleteMacam zucchini hijau tapi lebih besar dan pendek sikit..
DeleteTq singgah sini ๐
Mula baca tajuk ingatkan masak
ReplyDelete"air zucchini".ingakan jadikan jus ka๐คญ
Baca lagi..oooo..padahal saya pun kalau sayur bening tu panggil
" sayur air" jugak kot...
sajaaaa ja la otak ni salah tafsir memula baca tu ๐คฃ
Saya baru liat sayur kuning mirip labu itu kak. Tapi setelah diolah , dimasak dengan bihun, jadi ingat sayur Oyong atau nama lainnya gambas. Biasa pun di masak pake bihun juga. Sayur macam nih, biasa saya tak pakai nasi lagi, makan begitu saja udah enak ๐
ReplyDelete