Saturday 27 May 2023

KAMIL Peringkat Sekolah

Alhamdulillah rezeki Angah dan Kakak terpilih mewakili rumah sukan mereka, rumah 💙 untuk acara Syarahan B. Arab dan Nasyid Solo respectively

Pertandingan Isnin lepas, Khamis baru dapat result. Alhamdulillah, pulang bawa kemenangan ☺️

Angah berjaya memperbaiki kedudukan; tahun lepas tempat ke-3, tahun ni no 2 alhamdulillah. Rumah sukan lain pun hantar peserta yang sama juga. Johan dan tempat ke-4 masih orang yang sama, manakala Angah bertukar tempat dengan Zahin. 

Bersama semua peserta Syarahan B Arab. 

Kakak pula kali pertama join KAMIL. Alhamdulillah dapat Johan. Secara automatik terpilih untuk acara Nasyid Berkumpulan (peringkat zon) manakala Angah masuk audition Kalam Jamaie tapi gagal di saringan kedua. Tapi, ada rezeki masuk acara Solat Jenazah. 

Ummi okay je anak² aktif aktiviti sampingan sebegini tapi biarlah seimbang dengan pencapaian akademik. Kakak dah berlatih since Selasa, tapi semalam jumpa Cikgu untuk tarik diri. Waktu latihan banyak mengganggu jadual sekolah. Ada 2-3 orang cikgu yang sound dia sebab ponteng kelas. Ialah, latihan dari jam 11 pg  hingga habis waktu sekolah, memang banyaklah skip kelas :( 

Takpelah Kakak, takde rezeki nak wakil sekolah kali ni. 

8 comments:

  1. Tahniah Kakak dah Angah! A good improvement! Confuse sekejap tadi sebab ingatkan dieorang mewakili dalam acara sukan 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis...
      Sejak PKP rasanya sekolah adakan program KAMIL ni dan ada sumbangan markah utk rumah sukan sbb masa PKP tak leh bersukan :D

      Delete
  2. Wahhhh.. baru tahu skrg, rumah sukan pun ada wakil utk pertandingan macam ni. Dulu2, rumah sukan htr wakil utk acara sukan aje. Tahniah, Kakak & Angah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah diorang buat macam ni sejak PKP dulu SK... dapat sijil peringkat sekolah boleh tambah markah utk PAJSK.

      Delete
  3. cayalah kakak dan angah mmg ahli sukan ni.. tahniah3

    ReplyDelete