Dalam 1-2 hari ni nampak merah matanya. Rupanya cuaca panas terik sebegini adalah antara faktor penyebabnya. Punca lain sakit mata.
Hari ni rehatkan dia dan bawa ke klinik sebab ubat mata yang Ummi belikan tu susah sangat dia nak guna.
Klinik ketiga ni; klinik pertama doktor belum sampai, ada emergency, klinik kedua tak terima kad PMCARE. Yang ketiga ni je yang boleh, redho je la menunggu :( Tunggu punya tunggu, sejam juga baru setel semuanya. Selalu klinik panel lain tak sampai 1/2 jam dah setel.
Doc bagi MC 2 hari. Sakit mata ni kan boleh berjangkit. Tapi, bukan sebab pandang @ tenung orang yang sakit mata tu, tapi sebab sentuhan. Dulu² takut betul kalau ada kawan kena sakit mata, bercakap tak berani pandang mata dia 🤭 Sentuhan tu pun bila pesakit pegang/gosok matanya kemudian kita sentuh/pegang benda yang disentuh oleh pesakit. Contoh Angah gosok mata, lepas tu pegang remote TV, then Ummi pula ambil remote TV tu, chances untuk Ummi pula dijangkiti tu sangat tinggi. Gitulah penerangan Doc tadi :D
Orang tua² di kampung Ummi dulutak bagi sebut sakit mata, kena sebut sakit pung****, baru tak berjangkit :p Tak tahulah mana logiknya tapi Ummi ikut 😂
Itulah td pn ada member EL sbb bgn pagi tgk mata bengkak dan merah.. sbb cuaca pnas sgt ni kan.. semoga cepat sembuh ye angah
ReplyDeleteAllahu.. officemate bulan puasa hr tu anaknya sakit mata, berjangkit ke emaknya.. hari ni seorg lg officemate bgtau anak sakit mata.. semoga Allab beri kesembuhan segera buat angah..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh tu... sakit mata ni pedih dia mmg x tahan
ReplyDeleteAllahu..semoga Allah kurniakan kesembuhan
ReplyDeleteBetoi la PH..orang tua2 suruh sebut sakit pung****🤣
Orang tua2 dulu memang hebat.
Saya pernah dengar Dato' Dr Fazilah Kamsah pesan,kalau kita rasa nak demam jangan sebut
"rasa macam nak demam" sebaliknya sebutlah.."harap-harap tak demam lah".
Kerana sebutan menjadi doa..
Wallahua'lam
pernah dgr jugak kena ckp ayat mcm tu..mcm lawak je kan.. he he
ReplyDeletesemoga cepat sembuh yer..cuaca panas ni..mcm2 sakit plak kan
Begitu pula kena sebut sakit lain supaya tidak berjangkit.
ReplyDelete