Monday, 15 May 2023

Menuai Betik dll ..

Pokok betik  yang Ummi harap dapat tuai buahnya diserang penyakit, satu persatu daunnya kekuningan dan putik² gugur. 
Walaupun begitu, pokok yang tumbuh dalam pasu tumbuh elok dan dah mula mengeluarkan hasil, alhamdulillah. 

Sebiji ni bolehlah 2x makan. Alhamdulillah manis sungguh isinya. Aunty Farah kata kalau musim kemarau isinya lebih manis berbanding jika hari² disiram hujan. Mungkin ada betulnya sebab buah ni membesar dalam musim kemarau.

Ada banyak biji lagi. Tuaian pertama tempohari 2 biji; sebiji Ummi bagi Bibik. Sedap dibuat rojak katanya, sebab buah masih mengkal. 

Alhamdulillah, buah sulung durian Belanda
 ni masih bertahan. Mudah-mudahan ada rezeki menuainya nanti. 

Pokok cili Ummi 'rebah', lebat sangat buahnya ditambah tiupan angin kuat. Takpa, Ummi dah letak pancang (kayu penahan) agar tak rebah lagi :)

Pokok kedua pun rancak berbuah alhamdulillah. Semalam petik buat cabai kicap, licin anak2 makan. Lagi pedas lagi depa gigit cili tu :)  

Tuaian pertama pokok kedua terung pipit. Rebus buat ulam sedap...

Paling best pokok belimbing buluh yang Ummi bagi kepada Bibik dah berbuah!

Bibik alih tanam dalam pasu besar, alhamdulillah subur dia. Harapnya tak lama lagi pokok² belimbing buluh Ummi pun berbuah la juga 🤲 Sebaya je dengan umur pokok Bibik ni :) 

Ini dari kebun Paksu;

Benih cili kering, Una campak² hidup dan dah mula berbuah alhamdulillah 👍

Speaking of Maksu, mohon doa kawan-kawan agar biras kesayangan Ummi ni diberi syifa, +ve Covid sejak semalam :( 

9 comments:

  1. Subur dan menjadi semuanya.
    Innalillahiwainnailahirajiun. Semoga Maksu diberi kesembuhan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, yang ditanam dan berbuah dan boleh dituai. Aduh, sedapnya betik letak dalam peti sejuk lepas tu makan sejuk2 masa cuaca panas!

    ReplyDelete
  3. Macam tembikai jugaklah ya, musim kemarau lebih manis isinya.
    Seronok saya tengok hasil tanaman PH.

    Moga Allah beri kesembuhan buat Maksu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya macam tu la PU. Sbb arwah mak sy pun pernah cakap gitu :)

      Delete
  4. dapnye..nampak manis tu...alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. ammi ni sebenarnya dari bulan puasa haritu terasa nak makan papaya...tp macam bila pergi je kedai ehhh habis. bila pegi je habis.

    ReplyDelete