Beli T-shirt Pengakap Angah...
Lagi 10 sen cukup RM50! Sebab material (kain jersey) ke apa tak tahulah kenapa mahal sangat bagi Ummi. Kalau saiz Abang tu Ummi bolehlah terima. Tapi sebab dah pusing banyak kedai, kedai ni je yang ada belilah juga. Kesian Angah, dah lama minta baju ni.
T-shirt PBSM Kakak ni, lengan panjang baru RM27.90. Ini kain cotton.
Baju Kakak ni Ummi beli di kedai Canggih Prima Sri Gombak. Suka cari kelengkapan sekolah di sini; banyak pilihan, staff baik, kedai pun luas selesa. Tapi itulah, dari tahun lepas depa hanya ada stok T-shirt Pengakap yang lama je, yang kelabu tu. Itu yang terpaksa cari merata-rata tu.
Alhamdulillah Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk anak³ SRAI dah dapat awal April lepas. Memandangkan bulan puasa, tiada aktiviti PJPK atau Gerko, lepas raya ni baru membeli. Memang membantulah duit BAP ni, sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa.
Balik Gerko semalam, Angah senyum²...
"Angah jadi Ketua Sekawan Ummi"
Alhamdulillah, ada juga berkat baju mahal tu haha...
Cantik baju seragamnya... Saman sya dulu jarang dpt Beli baju seragam... Yg ingat hanya baju seragam pengakap satu, seronok sangat...😅
ReplyDeleteYelah, terasa mahal pulak. Tapi mungkin material microfibre yang lebih berkualiti, sejuk lembut.
ReplyDeleteApa pun, tak sesia beli sebab dapat lantikan 😃
Tahniah Angah!
Eh eh..SA pun rasa macma mahlnya plak...
ReplyDeleteBerkat beli baju mahal.. tapi memang mahal tu.. lagi mahal dari baju aunty beli kat Tik Tok tau Angah, hihi.
ReplyDeleteMahal..Moga terus mendapat kebaikan dengan duit yang dilaburkan tuk baju tu..hehee..
ReplyDeleteTahniah Angah!
ReplyDeleteBerbaloi beli baju harga RM50.
Berbaloi. Harap lama dalam persatuan.
ReplyDeleteberbaloi beli baju mahal yer...
ReplyDeleteboleh tahan harga uniform skrg.. tahniah angah
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteTahniah Angah!
Adoiii..terkenang zaman persekolahan..Kalau time kena beli t shrit bagai...susah hatinya lahai