Tuesday, 30 May 2023

Daging Masak Hitam (Resepi Che Nom)

Gambaq kelabu asap takleh bincang 😂

Tapi sedap dan menjadi hasil cubaan Daging Masak Hitam resepi Che Nom ni. Sebelum ni pernah masak lauk ni tapi resepi Che Nom ni paling menjadi setakat ni. 

1. Tumbuk halus bawang merah + bawang putih utih + halia 
2. Gaul daging yang telah dihiris (Ummi rebus dulu) bersama bahan tumbuk 👆 + serbuk ketumbar + serbuk jintan manis + serbuk jintan putih + kicap manis + sos tiram secukupnya. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. 
3. Panaskan minyak; tumis daun pandan + serai (dititik) + kulit kayu manis + buah pelaga + bunga cengkih + bunga lawang hingga naik bau.
4. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cili garing 
5. Masukkan tomato yang dihiris kecil dan tumis hingga tomato layu. Boleh juga guna tomato puri.
6. Masukkan daging yang telah diperap tadi dan gaul sebati semuanya. 
7. Tambahkan kicap manis secukupnya. Bila dah sebati semuanya dan secukup, rasa tutup api. Siap!

Raya Qurban nanti bolehlah repeat menu ni :) 

Pulut Kuning dan Kari Ayam masa makan-makan di rumah raya ke-13 tempohari masih berbaki. Ummi simpan dalam freezer dan panaskan (kukus semula), alhamdulillah masih elok dan sedap rasanya. 

Kebetulan ada sambal ikan bilis, memang kena sangatlah makan dengan pulut kuning ni. Lauk Daging Masak Hitam ni pun sedap juga dimakan bersama pulut kuning. 

Resepi Daging Masak Hitam Che Nom klik: SINI 

Selamat mencuba 🤗

8 comments:

  1. dapnya.. pulut kuning tu pun..emm, mcm lama plak x makan pulut ni..

    ReplyDelete
  2. Rasanya memang sesuai masak daging korban guna resepi ni. boleh save la kan resepinya, tq PH rekomen.

    ReplyDelete
  3. Kiranya guna resipi ini untuk buat lagi daging masak hitam.

    ReplyDelete
  4. Kalau resepi sarawak letak kismis hitam yg diblend.. hehehe..

    Nnt cer try pulak resepi ni https://www.kakmim.com/2020/04/daging-masak-hitam-sarawak-versi-simple.html

    ReplyDelete
  5. aduyai sedapnya makan dgn pulut kuning tu

    ReplyDelete
  6. resepi che nom sedap2..pernh cuba juga beberapa resepi dr che nom....menarik nmpk daging masak hitam tu

    ReplyDelete
  7. kalau pandai masak...makan pun puas

    ReplyDelete
  8. Terliur tengok. Boleh bookmark menu ni utk raya haji nanti 😊

    ReplyDelete