Sunday, 14 May 2023

Raya Sakan @ 22 Syawal

Alhamdulillah diberi rezeki untuk beraya sakan semalam... 4 buah rumah kami tapau :D 

Rumah 1: Paklong AP @ Kajang



Sampai awal sejam sebelum majlis bermula. Tapi, dah bagitau awal jadi tuan rumah pun tak terkejut. Rumah sepupu Walid sebab tu berani terjah awal :) Ini pun sebab banyak jemputan semalam, jadi kami hadir yang jauh dulu. 

Berkenan pulak dengan dulang hiasan Maklong Fyda ni. Beli di Shoppee katanya :) 

Rumah 2: Maisarah @ Taman Melati 

Ambil Angah di kelas tuition dulu then baru ke Taman Melati. Ini rumah classmate Abang. Kami ambil peluang beraya sambil berkenalan dengan parents-nya. Dapat juga jumpa ibu Sarah A. Ada kesempatan begini dapatlah jumpa, kenal-kenal. Kenduri kami dulu Adam & parents-nya datang, dah jadi kawan Ummi dengan ibunya. Itulah hajatnya. 

Rumah 3: APC SG

Kenal owner masa Abang attended seminar di pusat tuition Uszh Aina ni. Terkejut Ustazah tengok Abang dah besar hehe... Lepas makan laksa semangkuk, nampak pulak nasi dagang. Kenalah rasa sebab Ustazah orang Pantai Timur, mesti nasi dagangnya ori...

Keluar rumah pukul 9, pukul 3 baru sampai rumah semula. Sempatlah nap sekejap sebelum keluar semula ke rumah Tok Tam.

Itupun, ada lagi jemputan baru masuk ...

Allahu Akbar, mewah sungguh rezeki kami semalam. Tapi, yang ni KIV dulu, set lain kali. Memang tak daya nak penuhi jemputannya. Kalau invite awal, of course kami datang. Tapi takpe, member rapat, anytime boleh arrange semula. 

Rumah 4: Tok Tam @ Sg Buloh

Tok Tam jemput Walid jadi imam, jadi kami kenalah sampai sebelum Maghrib. Itupun sampai ngam-ngam sebelum Maghrib, ada 2 buah kereta rosak di MRR2 menyebabkan kesesakan yang agak teruk. (Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan mereka 🤲)

Tetamu lelaki solat dekat luar ni. Sejuk sebab semalam hujan sebelum Maghrib. 

Lepas solat baru makan...

Kalau beraya di rumah Tok Tam ni memang sentiasa meriah juadahnya. Kali ni pun sama; ada yang Tok Tam Rah masak, ada yang order. 

Sengkuang calit ni paling disukai. Memang sedap. Biasa depa meniaga di Tasik Biru, malam tadi Tok Tam import datang rumah.

Mi Sup juga tak kurang sedapnya. Ada lemak-lemak tu yang pakat berpeluh bila makan😅 Sedap, dah lama tak makan sup daging + lemak² gini...

Special untuk cucu² saudara, Tok Tam bagi main bunga api. 

Abang tu dok kepit beg telekung Ummi tu 😅

Seperti biasa Tok Tam tapaukan makanan untuk kami...

Sarapan pagi, repeat menu di rumah Tok Tam semalam. 

Untuk lunch, sebelum Abang balik asrama, Ummi bakaq-bakaq ja ...

Puas dah makan menu raya, cari seafood pula :) 

Alhamdulillah syukur selalu 🤲






12 comments:

  1. Sekarang ni masih rancak kan orang buat open house

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung minggu ni lagilah Kakmim, last day Syawal...

      Delete
  2. alhamdulillah...meriah sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Rancang betul² perjalanan itu yg takdelah rasa penat sangat hehe

      Delete
  3. Alhamdulillah murah rezeki semua kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, yg penting dapat eratkan silaturrahim

      Delete
  4. alhamdulillah rejeki jgn ditolak., aminn

    ReplyDelete
  5. Larat ya pergi 4 buah rumah. Saya pergi ke Kuala Srlangor, satu rumah sahaja trafik sesak teruk. Malam baru sampai rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah we managed to do that. Sbb tu keluar rumah awal, nak avoid heavy traffic. Selain tu kitorg elak lalu MRR2.

      Delete
  6. Meriah dengan jemputan open house..alhamdulillah murah rezeki PH sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rasa macam puas betul beraya tahun ni alhamdulillah :D

      Delete