Jemputan majlis perkahwinan Linda & pasangannya di Inapan Seri Laksmana membawa kami ke tempat yang cantik ni.
Letaknya di Jalan Istana, Jitra Kedah. Area Lubuk Kawah. Dinamakan Jalan Istana sebab di kawasan ni letaknya Istana Hinggap DYMM Sultan Terengganu. Baginda Sultanah Nur Zahirah kan orang Kedah. Bila balik ke Kedah, di istana inilah Baginda menginap. Waktu beraya di rumah Tok Yah, (rakan sebilik di Madinah) beberapa tahun lepas, kami melintasi istana ini.
Berbalik kepada homestay ni, ianya berkonsepkan tradisional dengan adanya 2 buah rumah kampung serta dihiasi perkakas lama seperti mesin getah, telaga dsbnya...
Mesin getah
Ada 2 unit rumah di sini. Walaupun rumah ala kampung tapi ada pendingin hawa untuk keselesaan penyewa.
Di bahagian belakang ada kawasan parkir atau kawasan terbuka untuk dijadikan tempat event. Di majlis perkahwinan Cik Linda ni, khemah tetamu serta meja pengantin dipasang di belakang ni... Juga ada kemudahan tandas dan sinki. Sangat mudah untuk mengadakan kenduri-kendara di sini.
Kalau sewa tempat ni, bolehlah anak-anak berkejaran sebab kawasannya sangat luas. Tak perlu risau sebab kawasan ni berpagar.
Sekali lagi, terima kasih Cik Linda jemput kami. Seronok kami dapat datang ke tempat cantik ni. Kot-kot nak rasa suasana kampung boleh sewa homestay ni :)
Wah, tempah homestay buat majlis kahwin. Pasti lebih selesa dan lebih mudah nak kemas lepas majlis.
ReplyDeleteSkrg ramai yg buat gini, senang nak manage :)
DeleteMenariknya homestay Sri Laksmana, dapat lihat Istana Terengganu. Indah suasana penuh kehijauan.
ReplyDeleteCantik tempat ni :)
DeleteMana pengantinnya?
ReplyDeleteTeringin nak dapat jemputan di tempat macam ni.
Pengantin tengah bersiap huhu ...
DeleteWah,menariknya tempat ni PH..
ReplyDeleteKalau tempat macam ni,seharian dok sini pun tak puas ni..
Cantik cuma cuaca hangat masa ni...kalau dok dalam rumah ok la, kat bawah khemah tu hangat la sikit.
DeleteRamai orang sekarang tempah homestay buat majlis kahwin...macam Biras SA hari tu...buat kenduri kahwin kat homestay je..senang x berkecah rumah
ReplyDeletelawa rumah inapan dewan pengantin tuuh., aminn
ReplyDelete