Sejak PKP ini baru kali pertama makan daging kambing. Selalu kalau nak beli daging kambing kami ke Pasar Sri Gombak tapi sejak PKP memang tak pernah ke pasar basah.
Bila jumpa daging kambing frozen keluaran Ramly Burger di Al Iman Mart Sri Gombak Ummi pun belilah. Satu paket ni 1kg, ada 5-6 ketul daging beserta tulang. Yang Ummi beli ni bahagian bahu (lamb shoulder), ada juga neck bone dan lamb cube. Harga RM30 plus /pack.
Asalnya nak buat kari tapi Walid nak makan nasi beriani. Ummi ikut je. Google sana, Google sini akhirnya Ummi berkenan dengan Resepi Nasi Beriani Pakistan oleh Kak Azie (Azie Kitchen). Nampak sangat menyelerakan dan paling penting Ummi rasa mampu buat. Ummi ni tak berapa pandai masak nasi berperisa. Akhir-akhir ni je pandai sikit :)
Walaubagaimanapun ada beberapa steps yang Ummi skip. Ummi gunakan PC Noxxa untuk percepatkan proses memasak. Ummi tak serajin Kak Azie hihi...
Nasi Beriani Kambing Pakistan
Bahan-bahan
5 cawan beras basmathi - rendam & tos (3 cawan beras Basmathi)
9 keping kambing dgn tulang - (6 keping daging + tulang kambing)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 biji buah pelaga
10 tangkai bunga cengkih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji bawang besar – potong dadu
5-6 biji buah tomato masak saiz besar – potong dadu [lagi banyak lagi sedap]
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt - banyak lagi sedap
2 helai bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning
Garam
Gula
Bahan Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 tangkai cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis - jika suka
1.Perap kambing dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
2. Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau.
3. Masukkan juga daun pandan jika suka.
4. Masukkan kambing yang diperap dan kacau sehingga rata.
5. Masukkan air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
6. Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit.
7. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
8. Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.
Untuk step seterusnya serta penyediaan nasi, sila ke Azie Kitchen.
Untuk cara yang lebih ringkas (dengan menggunakan periuk Noxxa) , boleh rujuk dibawah;
1. Setelah kambing diperap selama 1 jam, panaskan beberapa sudu minyak zaitun di dalam inner dengan mode stir fry (SF).
2. Tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau.
3. Masukkan daun pandan jika suka.
4. Masukkan kambing yang diperap dan kacau sehingga rata.
5. Masukkan air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
6. Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit.
7. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa. Off butang SF.
8. Tutup periuk Noxxa. Halakan tombol pada laras 'pressure'. Set HP mode selama 25x.
9. Sementara tu, basuh dan rendam seketika beras basmathi.
10. Bila kambing sudah masak, keluarkan daging kambing.
11. Masukkan beras tadi, sesuaikan sukatan air/susu cair dan rasanya. Kemudian masukkan semula daging kambing dan telur rebus. Ummi masukkan juga cili hijau dan akar ketumbar. Tutup periuk.
12. HP 7x dan tunggu hingga masak.
Tedia, harum mewangi satu rumah bila buka penutup periuk.
Untuk penyedap rasa, Ummi buat sambal ala nasi arab; kisar cili padi + air lemon + tomato + garam + gula. Sesuaikan rasa dan boleh dihidang bersama nasi beriani tadi.
Selain tu, Ummi buat juga dalca ringkas sebab depa kat rumah ni kalau makan nak ada kuah.
Nasi Beriani Kambing Pakistan ni sangat sesuai untuk dijadikan hidangan istimewa di pagi raya nanti. Ummi sarankan lawat dulu blog Kak Azie untuk dapat gambaran menyeluruh proses penyediaannya.