Thursday, 6 December 2018

Sepetang di Pantai Remis, Kuala Selangor



Awal cuti sekolah hari tu kami berkunjung ke Kapar atas satu urusan. Kebetulan tempat pemginapan kami sangat hampir dengan Pantai Remis, Kuala Selangor. Kalau nak jalan kaki kira-kira 10 minit sahaja. 


Ramai pengunjung di sepanjang pantai, mengambil angin petang sambil menyaksikan matahari berlabuh. Tapi pantainya tak sesuai untuk mandi manda. Bolehlah sekadar bermain di gigi air yang berbatu besar, sekadar mencelup kaki atau bermain ombak di atas batu. Ada juga yang berkelah sambil memantau anak-anak bermain layang-layang; tarikan utama di sini. 

Pantai berbatu. 


Ada gerai jualan ala pasar malam yang dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 8 malam, lebih kurang. Waktu malam pantai ni gelap dan kurang pengunjung. 

Selain tu ada food court dan kedai-kedai makan. Katanya jika berkunjung ke sini jangan lupa mencuba kerang bakar. Tapi jujurnya bagi Umi tahap kebersihan food court ni sangat mengecewakan. Umi dah duduk dan dah order pun kerang bakar tapi termati selera bila terpandang segala macam kotoran di tembok penghalang ombak yang menjadi sempadan antara food court dan pantai. Ambiance juga tidak menarik, gelap dan tidak ceria. Mungkin pihak berkuasa tempatan dapat berbuat sesuatu untuk menceriakan tempat ni. 


Menambah kekecewaan, kerang bakar yang kami order tidak seperti diharapkan. Kerangnya tidak dibakar sempurna menjadikannya banyak yang mentah dari yang masak elok :(  kerangnya juga bersaiz besar. Kalau jumpa di market Umi memang tak beli kerang besar gini. Tak berapa lalu. Tapi masa order tu kita tak tahu kerang kecik ke besar, dah sampai tu jamahlah juga. Tak baik sombong dengan rezeki :) 


Ada seorang pemuda menjala ikan/udang di gigi air. Tapi sayangnya anak-anak ikan yang terlekat di jala dibuang begitu saja. Umi tak pasti ikan tu boleh dimakan atau tidak tapi sikit sebanyak rasanya menjejaskan ekosistem. 

Anak ikan yang dibuang. 

Nak kata seronok sangat tidaklah tapi jika dah sampai di sini apa salahnya ke Pantai Remis ni. Pemandangan matahari terbenam sangat menakjubkan. Subhanallah cantik sangat. 



Thank you Allah for the opportunity to watch such a beautiful scenery 😘

4 comments:

  1. Belum pernah smp sini. Nampak cantik juga suasana matahari terbenam tu, cahaya kuning, oren2 kan.
    Kalau pihak berkuasa dah buat pembaharuan kenalah para peniaga dam pengunjungnya ambil tanggungjawab menjaganya, betul tak.😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena sama-sama bertanggungjawablah akak kan; pihak berkuasa & pengguna.

      Delete
  2. Matahari terbenam tu cantiknya....
    Kalau bersih boleh berlama-lama tepi pantai kan

    ReplyDelete