Dulu time Umi sekolah hari anugerah ni dipanggil Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah. Bayangkan time tu belum wujud banner, jadi cikgu-cikgu kenalah gunting huruf satu-satu dan tampal di dinding sekolah. Jenuh jugak tu nak lekat satu-satu huruf. Alhamdulillah rezeki Umi dapat jugaklah naik pentas saban tahun. Tapi zaman gemilang tu takat sekolah rendah je. Bila sekolah menengah nan hado haha...
Tahun ni ada rezeki Abang naik pentas. Kali ni majlis diadakan selama 2 hari; khamis (untuk hadiah subjek terbaik & kehadiran terbaik) dan jumaat untuk hari graduasi darjah 6 dan hadiah kecemerlangan tempat 1-3.
Graduasi darjah 6...siap pakai robe :) |
Basikal ni hadiah untuk program Nilam. Tak tahulah rezeki siapa sebab kami balik awal. Tahun lepas Saadah menang sebijik 👍 |
Hari pertama Umi bawa Tok sekali pi tengok Abang terima hadiah. Abang dapat top scorer B.Arab KPM dan BM paper 2 alhamdulillah. Dalam surat tulis 3 subjek terbaik tapi time terima hadiah 2 je. Takpelah janji dapat hadiah kan Abang?
Hari kedua Walid pula ambik cuti nak bagi semangat kat Abang hehe... Kali ni Abang terima hadiah untuk tempat ke-3 dalam kelas. Alhamdulillah syukur atas rezeki yang diberi. Yang seronoknya lepas dapat hadiah Abang cakap dia dengan Iman next year taknak no 2 @ 3 dah, masing-masing nak rebut no 1. Fuh semangat 👏👏👏
Yang sorang ni tak kisah pun naik pentas ke tidak. Janji hidup perlu diteruskan haha... Makan tetap makan, senyum tetap manis haha :D tahun depan cuba lagi ye sayang 😘
Tapi the best hadiah yang Abang dapat bagi Umi is this one; sijil khatam hafazan juz 'Amma (juz ke-30) alhamdulillah. Sejuk perut Umi w/pun baru satu juz. Moga dipermudahkan urusan Abang untuk hafal juzuk seterusnya aamiin. Doakan ye :)
Abang mula ikut program Aulad Huffaz ni since last year, among the pioneers. Cuma tahun lepas kurang sistematik. Gurunya pun part timers students from UIA. Bertukar ganti ustaz-ustaznya sepanjang tahun lepas. Tapi sejak awal tahun ni, Ustaz/Ustazah SRAI sendiri yang lead jadi adalah pemantauan dan rekod progress anak-anak ni alhamdulillah. Dalam group Abang 5 orang berjaya khatam juz 'Amma ni alhamdulillah. Tahniah untuk mereka semua dan Cg Murni yang membimbing mereka 😘. Moga 2019 lebih baik untuk semua anak-anak Umi aamiin.
tahniah buat abang
ReplyDeleteTq tuan.
Deletetahniah
ReplyDeleteTq :)
Deletealhamdulillah.. tahniah abg
ReplyDeleteTq dear :)
Delete