Waktu Google-ed nama yang appeared is Sg Sembilang Agrotourism Chalet & Homestay tapi bila sampai sana ada signboard baru berbunyi "Sembilang Eco Resort". Tak kisahlah apa namanya pun janji ada tempat untuk kami bermalam :) Tapi bila ikut Waze, we're directed to Medan Ikan Bakar Jeram, about 5km from this place. Clue paling senang, ikut je signage Pantai Remis. Dari simpang menuju ke Pantai Remis tu nampaklah signboard resort ni sebelah kiri jalan. Dah dekatlah tu.
Dalam resort ni ada pelbagai pilihan penginapan dari homestay 1 bilik hinggalah ke homestay 3 bilik. Time Umi booking yang available cuma homestay 3 bilik. Yang lain semuanya sold out sebab ada family gathering kalau tak salah. Ada pelbagai facilities yang disediakan di resort ni; cafe, surau, hall dll. Sesuai untuk buat family day/group binding/retreat dsbnya.
Rumah yang kami duduk...
Tengok kat banner tu. Ada family gathering... |
Rumah yang kami duduk...
Besar dan bersih rumahnya. Rumah pun baru lagi nampaknya. Selain basic facilities, tuan rumah juga menyediakan extra tilam yang banyak (8 bijik kot) and extra bantal.
Kecuali master bedroom, 2 lagi bilik dilengkapi dengan katil double decker. Memang boleh berkampung ramai-ramai lah dalam homestay ni :p harga semalam rm250.
Kecuali master bedroom, 2 lagi bilik dilengkapi dengan katil double decker. Memang boleh berkampung ramai-ramai lah dalam homestay ni :p harga semalam rm250.
Master bedroom. |
Pertama kali jumpa katil double decker, pakat nak panjat 😅
Dapur gas tak disediakan cuma ada mini dapur gas. Entah Umi pun tak tahulah macamana gayanya, dalam kotak. Malas nak godek. Confirm Umi tak reti nak guna pun. Walid kata kena cucuh gas dia. Don't know don't care haha...
Yang kotak merah tu mini dapur katanya. |
Malam tu pun buat sambal bilis, telur dadar. Lauk ayam Walid beli dekat cafe resort. Esok pagi pun sempat lagi Umi buat nasi goreng Noxxa. Senang hati betul ada Noxxa ni, Umi goyang kaki je pun masakan dah siap 😜
Belakang rumah. Seronok membawang dengan Tok sambil kopek ikan bilis :D |
Homestay ni letaknya dalam ladang kelapa sawit. Suasananya ala kampung. Seronok ambik angin di luar rumah cuma pokok-pokok sekeliling rumah tu masih baru/kecik. Dah besar nanti mesti lagi redup dan nyaman.
Tapi, malamnya kemainlah panas. Nak buka tingkap, tingkapnya takde grill. Risau juga takut ada intruders. Kalau tingkap nako tu boleh juga buka. Ini tingkap sliding, bukan saja haiwan orang pun boleh masuk :p
Aircond ada hanya di ruang tamu tapi tak sejuk. Kipas pun dah buka bagi full swing. Berpeluh-peluh kami malam tu sampaikan terpaksa ajak anak-anak ni main di veranda bagi sejuk sikit.
Aircond ada hanya di ruang tamu tapi tak sejuk. Kipas pun dah buka bagi full swing. Berpeluh-peluh kami malam tu sampaikan terpaksa ajak anak-anak ni main di veranda bagi sejuk sikit.
Time nak tidur lagilah seksa. Keluar masuk bilik akhirnya Umi bawa Adik tidur atas katil double decker. Ada wall fan yang direct ke muka. Bolehlah tidur w/pun tak lena sangat pun.
Hence, I would like to suggest to the owner to;
1. Pasang grill tingkap supaya dapat membantu pengudaraan juga untuk keselamatan. Sebab? Next morning kami nampak ada seekor monyet berkeliaran di sekitar homestay. Sebelum tu Umi dah buka tingkap konon nak rasa udara kampung tapi Walid cakap jangan buka. Rupanya betul ada tetamu yang tak diundang.
2. About the aircond; tak tau samaada aircond tu tak service macam aircond Umi ataupun living hall tu luas (dan terbuka hingga ke dining area) sampai tak rasa kedinginan aircond tu. Kena pasang yang lebih tinggi horsepower kot kalau gitu.
p/s: Walid suggest letak aircond dalam master bedroom juga 😅
3. Penunjuk arah kiblat. Ini pun dah satu rumah kami check tapi tak jumpa. Maybe adalah kot kat mana-mana sebab sejadah ada disediakan. Perhaps owner dapat letak petunjuk arah kiblat tu di tempat yang lebih strategic.
Itu je Umi nak komen. Should the aircond functioning well, Umi bagi rating berbintang-bintang untuk homestay ni 😉
Lagi gambar sekitar resort. Saja nak abadikan dalam blog ni sebab suka sangat dengan kehijauan persekitarannya 😘

Cantik sangat cafe ni. Santai je dapat makan/minum di sini. |
Padang untuk aktiviti sukaneka etc. |
Nursery pokok. |
Sembilang Eco Resort
Lot 1615 Jalan Lintang
Off Jalan Pantai Remis
Batu 17
45800 Jeram
Selangor Darul Ehsan
Tel: 013 7486 304 (Pn Ruzaimi)
banyak kawasan hijau resort ni. kalau malam sejuk mesti seronok berlama-lama kan :)
ReplyDeleteYe kak...
ReplyDeleteKalau dapat jogging ke pagi2 mesti best :)