Tuesday, 4 December 2018

Satu hari 3 kenduri.... larat?


1 Disember 2018 hari yang mengenyangkan bagi kami. Terima 3 jemputan kenduri kahwin alhamdulillah. Yang paling dekat di Dewan Beringin dan yang jauh di Shah Alam. 

Jomlah kita keluar seawal jam 11.30 haha... 

Kenduri #1;


Umi makan sikit je. Kongsi dengan Adik ni pun. Reserve tank untuk next kenduri. Kakak pulak makan apam balik dengan dadih je. Abang? Wajib lah nasi sepinggan 😁 

Kenduri #2; 


Ini je Umi makan; bihun sup dengan tembikai. Lepas tu ratah papadom dengan peria goreng rangup. Caterer untuk majlis ni Pak Tam (Restoran Tu Dia....Pak Tam). Merasa lah juga air tangan Pak Tam untuk majlis kenduri w/pun tak rasa lauk pauknya. 


Suka tengok Angah. Macam adore sungguh dengan Ustaz Don :D 

Nampak Ustaz Don, pergilah tegur and bersalam. Dapat juga bergambar budak2 ni dengan Ustaz. Sebelum ni depa dah pernah jumpa dengan ustaz di rumah Mommy Zaya. Tapi sukalah tengok cara Ustaz melayan depa ni. Macam dah kenal lama padahal baru second time jumpa. Sebelum beredar, the boys sempat solat zohor dulu berimamkan Ustaz alhamdulillah. 

Ehem....

Last but not least, kenduri #3;


Abang ambikkan Umi laksa semangkuk. Umi makan separuh, lagi separuh Walid habiskan. Kambing golek tu pun kami share anak-beranak je. 



Nampak sedap urap tauge + kacang sirih tu. Umi ambik buat ratah je. Makan dengan sambal gila dan daging masak hitam. Sedap belaka 😋

Hasil tangkapan... Alhamdulillah rezeki semuanya. Orang bagi, kita terima je. Didoakan agar tuan rumah semuanya dimurahkan rezeki dan diberkati selalu. Selamat pengantin baru untuk semua mempelai 💕💕💕



6 comments:

  1. In shaa Allah larat. Seronok pergi kenduri ni, peluang jumpa rakan dan saudara mara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul k.Amie...
      Ini pun kenduri jiran-jiran. Dapatlah bersua muka, bertanya kabar masing-masing.

      Delete
  2. hiphop ustaz don.. time kenduri mcm ni la dapat jumpa sedara/kawan2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ust Don memang gini gaya casual dia. Topi memang tak tinggal hehr

      Delete
  3. Peria goreng rangup first time dengo, ustaz Don nape tak pakai kopiah instead of topi hip hop..., foto booth tu cute sangat, sambal gila..woww..camane gilanya? Hasil tangkapannya meriah sangat..cuti2 ni kan banyak dpt jemputan kenduri kawen yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Kak peria tu...macam meratah cedawan goreng rangup tu

      Memang gitu gayanya Kak. Dah jumpa 2x memang Ustaz bertopi/jeans je. Gaya casual

      Sambal gila ala2 sambal jawa juga Kak.. Ada Tempe, tauhu, buncis dll

      Delete