Sunday, 23 December 2018

Raikan tetamu


Paksu sekeluarga datang bertandang kelmarin. Sibuk lah Ummi buat persiapan  sampaikan tak sempat nak update blog. Sibuk kemas rumah, sibuk ke pasar, masak dsbnya. Bila kita balik kampung, beria depa raikan. So it's our turn to return their kindness & hospitality.

Maksu ni rajin. Dibuatnya kek pisang dan popia cheese sorang sebalang untuk anak-anak buah dia. Yang dok di uitm, upnm, gombak, sentul semua dapat bahagian πŸ€—.

Into the oven... 



Jumaat tu Mak Kodiang dan Maklong Ida, ibu dan kakak Maksu pun joined sekali. Meriah (baca:kecoh/bising/hingaq) teratak kecil kami dengan suara dan gelagat anak-anak kecil.

Menu dah macam open house raya! Depa bawak sate, nasi impit, ketupat palas, serunding, kerepek dll. Ummi masak nasi, telur itik masak lemak, ikan goreng, ayam masak kicap, rendang pucuk ubi, ulam dan sambal belacan tu wajiblah ada. Seronok bila tengok tetamu makan berselera. Hilang penat memasak dari pagi 😜


Daun palas import dari Jitra πŸ˜„


Kakak berkepit je dengan K. Una sebab nak tumpang main tab.


Depa dah puas berjalan-jalan dengan Maklong Ida jadi mai rumah kami lepak-lepak je lah. Petang tu Paksu Maksu bawak Abang & Co pergi pasar malam. Seronoklah depa. Bertambah seronok bila Paksu Maksu belanja padahal Ummi dah bagi sorang 5 ringgit buat belanja. Maksu tak bagi guna kata Abang :)



Malamnya Uda joined sekali. Umi masak tomyam je. Lauk siang masih berbaki. Walid top-up ayam Masywi (ayam golek). Lepas setel dinner Ummi tumis rencah masak daging kurma merah pulak untuk breakfast besak pagi. Masak siap-siap supaya tak kelam-kabut. Ummi macam ni lah, suka prepare awal-awal. Sangat tak suka kerja last minute.


Paginya Ummi cuma tanak nasi dan goreng ayam. Before 8 am sarapan dah ready. Depa pun nak balik awal sebab nak singgah makan kenduri di Balik Pulau. Entah sempat ke tidak tak tahulah.

Safe journey lalings πŸ’πŸ’πŸ’

4 comments:

  1. Alhamdulillah..memang seronok bila ramai2 datang rumah tengok makanan pun meriah sangat tu, mesti seronok rumah hingaq sekali sekala kan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Riuh rendah tu hari-hari mama. Bila anak2 buah datang ni, berganda-ganda riuhnya haha

    ReplyDelete
  3. Seronoknya jadi tetamu puan Hazel macam-macam hidangan ada.
    Semoga dilimpahi rezeki selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikhik... Jemputlah mai rumah πŸ€—
      Aamiin tq.

      Delete