Tuesday, 18 December 2018

Dari daerah ke peringkat negeri alhamdulillah...


Inilah sebenarnya yang membawa kami ke Sembilang Eco Resort dan Pantai Remis awal cuti sekolah tempohari.


Umi pun tak sangka bila dah jadi top scorer daerah Gombak Kakak kena ambik pula ujian setara peringkat negeri, untuk pilih pelajar cemerlang peringkat negeri pula. Kesian pun ada dengan Kakak. Kawan-kawan dah start cuti, buku dah kemana dia masih buat ulangkaji. Bila Umi Walid usik lepas ni Kakak pergi peringkat kebangsaan pula terus dia cakap 'Tak Nak!' Bersungguh-sungguh taknak nya tu. Tengok dia pun macam stress je :( 


Disini tercipta sebuah kenangan manis. 

Sepatutnya untuk ujian setara peringkat negeri ni setiap calon (wakil daerah) kena ada guru pengiring. Tapi Cg Sue berangkat ke tanah suci 24/11 manakala Kakak pula exam 25/11. Tak tahulah kenapa 2 lagi cikgu tak iring Kakak. Mungkin tak dapat arahan kot. Tapi pihak Pasti kawasan adalah hantar wakil untuk membantu sekiranya timbul sebarang masalah. 

Sebelum masuk waiting room happy lagi

Masuk dalam bilik nampak semua calon ditemani cikgu masing-masing dia dah goyah. 


Sebek muka dia time nak masuk dewan exam ni :( 

Dari pemerhatian Umi, kehadiran guru pengiring sangat membantu calon; selain sebagai peneman, mereka juga bertindak memberi semangat, motivasi dsbnya untuk menghilangkan debar/gemuruh. Kakak pula bila tengok calon lain semuanya (kecuali seorang lagi calon) bertemankan guru pengiring dia terus menangis. Dah hilang semangat dia :( w/pun Umi jadi peneman, dia tetap nakkan cikgu dia. Kebetulan semua guru peneman diwajibkan memakai baju seragam jadi bila dia tengok calon lain diapit guru pengiring dari Pasti masing-masing dia terus rasa down dan gabra. Mujurlah ada guru kawasan Kapar selaku tuan rumah dapat tenangkan Kakak.

Orang lain cikgu masing-masing siapkan. Kakak Umi je la siapkan. Kakak pun nampak happy dah time ni. Exam dah habis :D 

Usai exam barulah Kakak dapat guru pengiring. Itu pun Umi mohon jasa baik cikgu pengiring calon 6 tahun gombak untuk iring Kakak naik pentas nanti. Namanya pun Cg Sue. Suka Kakak :) 

Comel Cg Sue ni...baik pulak tu. Naperlah tak jumpa before exam hehe... 

Boy yang belakang Kakak tu lah top scorer peringkat negeri Selangor, wakil dari daerah Ampang. Tahniah dik!


Kakak sewaktu menerima hadiah.
Semua calon dari 22 Pasti seluruh Selangor dapat hadiah. 

Kakak bersama wakil Gombak untuk 6 tahun.
Bagus cikgu-cikgu dia ajak bergambar sekali. Tidaklah Kakak terasa hati sangat :) 


Majlis anugerah kali ni dirasmikan oleh Ustaz Zamri Mantop, Timb Pesuruhjaya III Pas Selangor. Dalam ucapannya Ustaz Zamri mengingatkan bahawa akdemik bukanlah segala-galanya bagi anak-anak. Biarlah tidak cemerlang akademik tapi cemerlang akhlaknya. Ironinya, majlis
hari ini diadakan untuk meraikan pelajar cemerlang akademik di setiap daerah serta mengadakan ujian untuk memilih yang terbaik diantara yang terbaik. 


Hamper barangan sekolah dan juga sijil selain plaque.

Hadiah paling Kakak suka 👍

Sejujurnya walaupun Umi bangga dengan pencapaian Kakak tapi Umi kesian sebenarnya bila tengok anak sekecil ini (5&6 tahun) terpaksa beradu kepandaian demi sebuah anugerah tsk tsk... 

Namun begitu, ianya tetap menjadi pengalaman untuk kami sekeluarga. Juga kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

5 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah kakak berjaya sampai ke peringkat negeri. itulah bila tengok anak2 anak2 kecil macam terpaksa bersaing untuk sebuah anugerah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis.
      Kakak macam dah trauma asyik exam je hehe

      Delete
  2. Hello hi 🤗
    Thanks for dropping by. Insha Allah will do soon

    ReplyDelete
  3. Tahniah kakak alhamdulillah. Lepas ni boleh bercuti dengan aman 😘

    ReplyDelete