Monday, 31 December 2018

Coretan akhir tahun 2018


Asar, 31 Disember 2018 

Hujan turun mencurah-curah membasahi bumi alhamdulillah. Moga setiap titik hujan yang menimpa bumi membawa seribu rahmat dan berkat buat penghuni bumi, terutamanya menuju tahun baru. 

Ada satu peristiwa di hujung tahun ni yang menyentap hati nurani Ummi. Our neighbour, tiba-tiba sesak nafas dan terkulai tak sedarkan diri seterusnya berada dalam keadaan koma sehingga hari ini. Beliau yang paginya riang ceria bergurau senda dengan Tok, berselera makan tiba-tiba terbaring kaku menyedarkan Ummi bahawa hidup kita sangat 'fragile'. Sekelip mata sahaja Allah boleh tarik apa saja nikmat yang dipinjamkan kepada kita. Menatap wajah sedih isterinya Ummi seolah dapat menyelami perasaannya. Pastinya beliau mengharapkan suaminya kembali sedar. Mungkin ada kata yang ingin ditutur, kemaafan yang ingin diungkap atau sekadar lafaz sayang yang tak sempat diucap menambah sebak didada Ummi. Bayangkan pasangan kita yang sihat ceria tiba-tiba rebah tak sedarkan diri. Allahu... Bukan seminit dua tapi sudah hampir 2 minggu lamanya. 

Namun begitu, untungnya jiran Ummi ni diuji dalam keadaan beribadat, sedang menyebut kalimah mulia; lailaha illahlah dalam majlis tahlil, di surau sebelum tiba-tiba tak sedarkan diri. Allahu... Moga bahagian Ummi nanti juga semulia ini.

Apa yang berlaku ni sebenarnya memberi Ummi pengajaran; untuk sentiasa menghargai insan-insan tersayang yang ada disekeliling kita pada setiap masa. Sometimes we take things for granted. Until its too late :(

Cukuplah selama ni kita mencari kekurangan. Kita buka buka baru dengan melihat kepada kebaikan seseorang. Bak kata kawan Ummi, Teacher Asmin di dalam bukunya Mawaddah yang Istimewa; jika keburukan yang kita cari, keburukanlah yang kita nampak. Begitulah sebaliknya, jika kebaikan yang kita cari, pasti yang kita nampak hanya kebaikan dan kebaikanlah yang akan hadir. 

Ummi doakan jiran Ummi diberi kesembuhan serta dipermudahkan urusan buat mereka sekeluarga aamiin.

Buat semua, moga 2019 membawa lebih kebaikan, kemudahan dan keceriaan untuk kita semua aamiin.

Credit source. 


8 comments:

  1. Hi Puan Hazel. I am so sorry to hear about what happened to your neighbor. With the grace of God, may he recover. You are right, life is fragile and unpredictable. I wish you and your family well and may all of you find peace, joy and good health in 2019.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks PH for the well
      wishes.

      I'm affected because I know him and his family well. Hope for the miracle to see him back in good shape.

      Delete
  2. salam tahun baru 2019. semoga dipermudahkan segala urusan murah rezeki dan sihat sentiasa.

    happy2 selalu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks siti. Same goes to you insha Allah

      Delete
  3. Semoga keadaan jiran Puan Hazel akan bertambah baik. Betul, life is too short for us to simply take things for granted. Happy 2019!

    ReplyDelete
  4. Salam 2019 PH.

    Terkedu seketika..

    Apapun akk rasa Alhamdulillah juga dia diuji dlm keadaan dia sedang me gingati Allah..moga2 itu tanda kasih sayang Allah kpdnya..pengampunan dosa dan peninggian darjat di sisi Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Sekurangnya dia berada dalam keadaan beribadah. Andai dijemput pulang pun moga beroleh husnul khatimah.

      Delete